Monday, July 27, 2026

.: REWARD DIRI SENDIRI :.

Assalamualaikum.

Sepanjang 13 tahun Linda kerja, incikSuami tak pernah tanya duit Linda ke mana.
Dan Linda pun tak pernah tanya duit dia kemana.
Janji segala bil, keperluan rumah, takde yang tertunggak..Alhamdulillah.
Tapi, hujung² bulan tu, biasa lah, isteri sponsor sikit².. hahaha.
Yang penting, tanggungjawab dan ada tolak ansur..
Eh, melalut pula. Benornya nak cerita, reward diri sendiri sempena hari gaji.. hahaha.

Kalau bab makan tu, hari² pun reward juga.
Ni bab² beli barang yang bukan keperluan.

Tara, cermin mata baru lagi.
Rasa macam dah dekat 2 tahun beli cermin mata..

Macam biasa, beli dekat Factory Eyewear je.
Sebab power mata tak tinggi sangat, so boleh dapat cermin mata offer depe yang RM39, RM59 dan lelain tu lah. (Baca, tak mahei) Hahaha

Wah, lawa la bekas dia kali ni.
Sempoi je.
Owh, kali ni Linda beli dekat 168Mall, malas nak ke Selayang Baru.

Nak tengok cermin mata apa pula yang Linda pilih..

Frame dia warna kelabu hitam² gitu.
Tak besar sangat, tak kecik sangat.
KakZu lah bagi idea ni, nampak lawa lah.
Suka suka, sebab baru. Hahaha.

Nah, selfie sikit.
Pakai kamera depan, terus lawo.. hahaha
Filtehh nih.

Till then, see ya.

32 comments:

  1. OK sgt frame tu, kena dengan muka Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dah lama tak beli frame yang warna macam ni

      Delete
  2. cantik sis, cantik!
    sesuai dgn muka u.

    ReplyDelete
  3. yg penting dpt spec baru, mesti happy! MZ dh lama tak tukar spec ni.adoyai mcm tak de bajet plak

    ReplyDelete
  4. Wahhh..Nice ni.Rege murah mmg seronok & brbaloi beli ...=D

    ReplyDelete
  5. Lawanya spek mata baru sis.. Okaylah harga dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang pilih yang mur mur je...sebab jenis cepat bosan..kikiki

      Delete
  6. Nice.... rege camtu boleh arr tukar²... kalau dah ratus² kena pikir banyak kali.
    Ehh... ritu Bami beli frame kat Shopee lepastu bawak gi kedai cermin mata. Pasang lens baru RM50, sama harga kalau beli kat kedai. Cuma frame tu lah yang dia nak tak jumpa kat kedai cermin mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah gitu...dah jimat tak yang tu... Kalau kedai boleh buat ok je..

      Delete
    2. Harga pasang sama je kalau beli spec, RM50 cuma sekarang bingkai beli kat shopee RM20.

      Delete
    3. Ooo..jadi RM70 lah..takpe la..bawah rm100, murah lagi tu

      Delete
  7. Cantik, cermin mata baru Linda. Murah ye. Seronok dapat reward diri sendiri. Akak punya spek bifocal, setahun sekali nak buat pun, berpeluh sebab kosnya. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang kena tukar setahun sekali ke? Jenuhh la..

      Delete
  8. Lawa! Casing tu nice 👍🏻
    Akk pun nak kena check balik mata ni. Opto pesan at least setahun sekali check mata. Tak buat² lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda tak cek mata pun kak.. bagi cermin mata je, suruh dia follow yang tu je..hihihi

      Delete
  9. Ranggi bekas cermin matanya.
    Cantik berkilau macam cermin 60-an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..senang nak seludup dalam beg..takde la rasa besar sangat

      Delete
  10. Lawo Puan Linda berspek baru...hehe..

    ReplyDelete
  11. Cantik frame dia macam cat eyes sikit kan. Factory Eyewear ni memang murah dan banyak pilihan. Dimana-mana ada cawangannya. Sini pun ada beberapa. Cantik bekas dia spek dia. Dapat spek baru, dapatlah kita melaram berwajah baru gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala² eyes cat..
      Betul tu banyak pilihan, tapi lebih kurang je ..hihihi

      Delete
  12. Betul kena
    Reward diri sendiri utk rasa happy jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sekali sekala beli la barang untuk kepuasan diri.

      Delete
  13. Cantik spek mata baru, sesuai dengan Linda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..kawan² la yang tolong pilihkan ni

      Delete
  14. Kak SA masih blom guna akak nyer elaun cermin mata...xde masa nak pi buat la...

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah prinsip pengurusan kewangan korang, yang penting masing-masing bertanggungjawab dan ada tolak ansur. Betul sangat, sesekali lepas terima gaji memang wajib reward diri sendiri untuk naikkan mood kerja. Bingkai spek kalis kelabu hitam tu nampak sangat stylo, padan dengan bentuk muka. Casing dia pun comel sempoi, rezeki dapat harga bajet dan berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...yang penting bertanggungjawab dan tolak ansur... Fikir boleh kerja ni pun, atas izin suami..jadi, kita bantu la sikit²..
      Casing cermin mata ni lawa..

      Delete