Assalamualaikum.
apa yang tak boleh buat??
kalau linda, semua tak boleh buat..
bila suami ada 😜😜
auto la tu, bila suami ada semua tak boleh buat.
kalau suami takde, tukar tayar kereta pancit pun boleh buat (tapi, kawan ofis la buatkan).. hihihi
ehhh.. pernah, tayar kereta pancit, tayar motor leper.
semua jadi bila suami takde.
masa dia ada, elok je pun.
lagi-lagi kalau dia pergi operasi tu, tetiba la time tu juga anak-anak semua tak sihat.
Allah, terkangkang kangkang la ibu ni buat semua benda..
time ayah dia ada kat rumah, helok je sihat walafiat semua. Alhamdulillah.
tapinya kan, poyo je lah semua tu.
tang masak tu, linda juga la.
sebab banding dengan suami,linda lagi teror lah.
ingat lagi masa pantangkan dedek, pantang dekat Melaka.
pertama kali dia siang ikan Merah, nohhh sampai hilang kepala.
daripada sekor ikan jadi 1/2 ekor ikan.. hahaha
tapi. ok lah. ada effort juga tu.
nasib baik la masa tu dah dalam 2minggu pantang, baru balik Melaka.
sebab abang Muaz dah sekolah, tak boleh la nak cutikan lama-lama.
haa, apa lagi.
drop la komen ye.
till then, see ya.

No 7, 9 dan 10😊
ReplyDeleteMemang kerja berat tu ..Linda pun tak sanggup..
Deletesaya lelaki yang tak ada motor mestilah no 7.Aanak dua orang punyalah galmer diorang pandai drive motor..masa muda dulu ada pandu motor..tapi terfikir agak bahaya jika tak pro pandu..so beli kereta lah saja..
ReplyDeleteRare juga ni lelaki takde motor.. tapi, untuk keselamatan, bagus juga..
Delete4 dan 10 tu bukan tak boleh buat, tapi malessss hihihi.
ReplyDeleteMaless tu biasa.. hihihi
DeleteNo.9 biasa Hata je. No.10 kalau kosong bleh la..kalau ada isi tima Hata xde..Sy golek2 sengetkn aje..hahaha
ReplyDeleteYang tong gas tu, last² saya beli roda dekat bawah..jadi boleh tolak je terus ke dapur
Deleteammi tak reti no. 7 - bawak basikal retilah.
ReplyDeleteNo. 10 tu bila sama mcm awak bila ada husband auto tak reti, auto takut, auto segalalah
Ok la tu, boleh juga bawa basikal..hihi..
DeleteLain semua boleh, no7 jerr tak boleh, tapi kalau yang guna gear laa, guna letrik punya boleh hahahaha
ReplyDeleteMotor letrik, pulas Aje.. senang sikit
DeleteSaya tak bole no 7 wak😁😁 dan saya fobia juga membonceng... senang citer tak suka moto 😅😅
ReplyDeleteMesti trip Jakarta hari tu, memang lagi seram naik ojek.. hihihi
DeleteKalau ikutkan semua boleh cuma selepas accident dlu, tak berapa dah nak bawa moto tu..lesen ada je hahaha jadi perhiasan je
ReplyDeleteIlyelah kan, ada masa memang kita trauma .
DeleteNo7 tak boleh. Masa form1-2 pandai je. Bila jatuh motor masuk semak terus fobia dah.
ReplyDeleteAdui, mesti sakit jatuh masuk semak tu
Deleteno 7.. jangankan motosikal.. basikal pun tak pandai
ReplyDeleteTakpelah..baru la boleh manja² dengan suami...kalau tak, semua dia suruh buat sendiri..hihihi
Deleteno.7 tu kalau ada cluth memang auto tak pandai. Kalau gear dan auto tu okay je. No.9 dan 10 tu auto tak pandai kalau ada suami. hiks~
ReplyDeleteYang lain tu memang kepakaran kita lah, jemur dan lipat tu ada KPI dia kena tersusun ikut kategori. hahahaha...
Linda teringin nak belajar motor ada clucth..suami kata sama je kekdahnya dengan kereta manual
DeleteHanya 7. Kelakar bila baca bahagian siang ikan merah sampai tinggal separuh tu! Memang auto manja dan tak reti buat apa bila suami ada dekat rumah kan!
ReplyDeletePertama kali siang ikan..selalu bersihkan ayam je.
DeleteBila ada suami, kena juga bantuan dia, walaupun boleh je buat sendiri sebenarnya..hihihi
bole buat smua cuma no 9 & 10 tu kita bg kt suami la haha..no 7 bw motor dlm kampung okla..sbb bkn ada lesen tp bila blk kampung sronok la menunggang moto cousin haha
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya boleh buat belaka tugasan itu.
ReplyDeletesaya tak reti tunggang motor. pernah lah belajar naik motor zmn2 sek men..boleh lah bwk dekat2 tp memang tak berapa reti
ReplyDeleteTunggang motor tu tak pandai tak reti tukar gear tapi tunggang basikal terer. Angkat botol air mineral tu kalau takde orang boleh tapi Slow2 le. Pasang gas tu kalau kepala gas bukan jenis yang rumit. Kalau tak sos minta bantuan. Tapi paling malas lipat kain. Rasa nak gantung je semua. Hahaha
ReplyDelete