CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
SOALAN :
Apakah hukumnya mencabut rumput di atas kubur?
JAWAPAN :
Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.
Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada di keliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.
Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.
PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE
Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :
ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم
Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam di atas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam.”
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.
HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :
وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ
Artinya : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.
Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ar-Ramli :
ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه
Artinya : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”
Dan tersebut pada kitab Hasyiah As-Syarwani ‘ala At-Tuhfah :
وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ
Artinya : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."
Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :
وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه
Artinya : “Dan tidak harus bagi selainnya yakni selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”
PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.
Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.
Berkata Syeikh Al-Bujairimi :
وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ
Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.
MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :
: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها
Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Al-Mahmudiyyah)
KESIMPULAN
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.
Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.
Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa di dalamnya.
Semoga bermanfaat pada kita semua..aamin.
Till then, see ya.

Pernah dengar, orang kata kalau nak bersihkan kubur sekeliling, hanya bersih di luar kawasan dari rumah kubur orang lain, jangan cabur bersihkan dari atas kubur orang, kecuali si tukang bersih kubur yang di amanahkan.. waallahuaklam
ReplyDeleteitu lah, kalau baca, nampaknya si waris pun boleh..tapi, atas kubur memang keturunan kita lah...tapi, selalunya yang kita buat pun, yang atas kubur je lah(memang kubur ahli keluarga la).. yang lain2 kita tak buat pun..kalau laluan tu, selalunya yang diamanahkan (selaluny AJK lah), diaorang la yang jaga kebersihannya.. wallahua'lam.. kena tanya UAI ni
DeleteBanyak fahaman ni kita pun pening kan. Selalunya cabut sikit2 je taknak bagi semak. Macam kami buh batu sungai atas kubur mak ayah. Takdela rumput sangat. Kubur orang lain kita pun tak usik.
ReplyDeleteMcm Linda, dekat kubur FIL tak boleh letak batu ke apa.. AJK tak bagi letak..just batu nisan dengan pokok kecik kalau nak tanam.
DeleteOk. Faham. Kubur arwah mak & abah tiap kali dtg melawat kami mmg hanya kemas-kemaskan aje. Tak cabut semuanya. Good sharing ya. =)
ReplyDeleteYa, selalu kita kemas² kan je.. kalau yang cabut rumput tu, dekat luar² landasan..
DeleteBetul tu..ada banyak fahaman..kubur mak dan ahli keluarga yg lain kalau x dibersihkan dah tutup pemandangan..selalu akak bawak gunting dan mana yg dh naik tinggi tu akak trim.aje...
ReplyDeleteIya kak.. bagi kemas sikit la orang kata..nampak la itu kubur..
DeleteKita kemas kubur kaum keluarga kita je lah....
ReplyDeleteSepatutnya begitulah..
DeleteTerima kasih atas perkongsian ni Linda. Selalu datang ziarah kubur arwah atok, nenek dan mak saudara masa Hari Raya, kita cabut rumput2 yg dah tinggi je la. Pokok puding atas kubur tu dibiar / disiram je.
ReplyDeleteSama².. ya betul tu, kita kemas² bagi tak semak la ..
Deletesy jarang cabut rumput atas kubur ibubapa sy. Cuma jika terlalu tinggi tu sy trim la sikit...agar nampak kemas...
ReplyDeleteBetul. Bagi nampak kemas sikit..
Delete