Sunday, July 12, 2026

.: DINE IN IKEA, MYTOWN :.

Assalamualaikum.

Semalam keluar dengan Izzah.
Making memories orang cakap.. hahaha.
Ke mana kita??

Tara,sampai ke Mytown. Selalu nampak blogger Nieza je up ke sini.
Akhirnya sampai juga Linda.
Tapi, bukan Ikea yang pernah pergi dengan incikSuami tahun lepas kot.
Ikea yang ni sekali dengan mall . Mytown tu la nama mall dia tak silap.
Naik MRT laluan Kajang, berhenti dekat station Cochrane. 
Jalan kaki sikit je, mcm nk masuk TRX tu.

Dua dua tak pernah makan dekat IKEA ni.
Jadi, moh la kita.
Semua tu RM65.50.
Meja banyak je, tak perlu risau.
Yang perlu risaukan, nak beratur beli makan.
Semalam sampai dalam pukul 11pagi, tu pun beratur dalam 30min tak silap.

Untuk Linda, kuah chicken cop tak kena tekak, ayam goreng tu takde lah rasa wow sangat, meatball sedap.
So, betul lah tu specialty nya meatball.
Isi wantan tu sedap.
Ada rezeki, boleh la bawa anak² nanti.

Setel makan, jalan² la IKEA tu.
Pusing², tak beli apa pun.
Keluar ke mall, nampak bOok excess, jom la masuk.

Untuk fotografi. Hihi.
Saja pakai baju hijau ni, sebab nak padankan dengan tudung yang Fanny bagi.
Sebab warna macam olive green, ni jelah baju yang ada untuk dipadankan.

Lagi gambar.

Eh, rajin pula nak edit kat Gemini.

Hiasan wall dekat book excess.
Rasanya dijual juga ni.
Besar juga book excess, siap ada kafe.
So, boleh la minum² sambil sembang² atau baca buku.

Musing la kami berdua dalam tu.
Sampai masa nak balik, eh tersesat² jalan nak balik ke station MRT. Hahaha.
Sebelum balik, beli juice Boost dulu.

Dah ambil, dah minum sepanjang jalan nak ke station MRT tu.
Dah sampai platform, baru tanya Izzah 

"Akak rase, kita mcm tertukar air, sebab akak baru cam ada rasa pisang" 

Bila Linda cakap, baru la dia iyekan. Hahaha.
Bertuah punya budak, dia dah perasan tak kabo.
Linda order tembikai+laici.
Dia order mango+banana tak silap.

Linda sedut air tu, otak nak ni tak proses.
Tapi, terasa mcm lain Beno rasa tembikai nya.
Linda first time beli air tu, jadi anggap memang cmtulah kot rasanya. Hahaha.
Rupanya. Betul tertukar air.
Nampak sangat lah memasang dahaga, janji dapat air.

Memang ke mytown semata mata nak merasa makan dekat IkEA je..  🤭🤭
Kalau sempat, kita p dating dekat Pasar Seni pula ye nanti.

Till then, see ya.

18 comments:

  1. Tak.. masalahnya sekarang ni, kita pulak terasa nak makan kat Ikea, camno ni, Linda???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak la PI turun KL..mesti dia suka tu..hihi..

      Delete
  2. Kalau ke Ikea sy mmg jarang amik chicken chop tu. Biasa amik meatball, mushroom soup, popiah, daim cake & maybe salmon or beef rib. Tapi hari tu beli beef rib tu dah x sedap. Kering. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmon kita tak reti makan.. hahaha.. saja nk try ciken cop tu..tak pernah rasa..hihihi

      Delete
  3. Dah berzaman Akk tak makan di IKEA. Pergi IKEA pun sekali dua je hihi... Itu pun yg dekat Mutiara Damansara tu. Tempat lain tak pernah sampai lagi.
    Adeh boleh pulak tertukar minuman ye hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pun pertama kali ni..lepas ni, tak tau bila pula.. hihi..
      Bekas cawan air nya tak nampak dalam..dah tanya yang buat air tu, dia gtaw..tapi, dia pun tersalah agaknya

      Delete
  4. Sini punya Ikea tak halal. Rindu nak makan meatball tu.

    Btw, nasib juga perasan tertukar air. Kalau tak, sampai sudah pelik rasa tembikai 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tak halal, terkejut pula kita tadi.. rupanya dekat sana..🤭🤭
      Nasib baik la otak function last² tu.. hahaha

      Delete
  5. Signature dish Meatball dia tu... adoiii.. tingin pulak😅
    Book Excess ada dulu kat Sunsuria sebelah Setia City Mall, dah tutup. Sempatlah OOTD dan beli buku kanak² masa tu.

    ReplyDelete
  6. Ada juga rasa nak makan di IKEA, cuma takde geng.. lagi satu tak tau laa dah buka semula ke tidak IKEA Tebrau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google sis Lin.. tengok dah buka ke belum..hihihi

      Delete
  7. Akak pulak kurang gemar makan meatball Ikea. Suka makan dia punya nasi lemak, popia dan mushroom soup.

    Lawa gambar hasil Gemini tulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pun tak gemar sangat..ambil seketul dua dari pinggan Izzah..hihihi

      Delete
  8. boost juice watermelon lychee memang my all time fav!

    ReplyDelete
  9. Seronok membaca perkongsian ini. Setiap kali ke IKEA memang susah untuk tidak singgah makan terlebih dahulu atau selepas selesai membeli-belah. Suasananya sentiasa selesa dan pilihan menunya juga menarik. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman serta gambar-gambar yang membuat saya rasa ingin berkunjung lagi ke IKEA MyTOWN.

    ReplyDelete