Wednesday, July 29, 2026

.: "ATOK PENYU" DALAM AGENT KIM EP 10 :.

Assalamualaikum.

sekarang mesti semua tengah mabuk Agent Kim lagi.
so, takde la ulas pasal cerita tu.
nak ulas pasal "Atuk Penyu" yang keluar dekat episod 10 tak sampai 2min tu.

Kemunculan seorang lelaki botak berjanggut putih dalam episod akhir Agent Kim Reactivated menjadi antara topik paling hangat diperkatakan dalam kalangan penonton. Walaupun hanya muncul dalam beberapa babak, kewibawaan dan aura yang dimiliki watak itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya individu misteri berkenaan.

Dalam versi webtoon, lelaki tersebut ialah Cho Pyeong-gyeon. Seorang tokoh legenda yang memiliki pengaruh besar dalam dunia bawah tanah dan mempunyai hubungan rapat dengan Manager Kim.

Cho Pyeong-gyeon bukan sekadar seorang ketua organisasi biasa. Beliau merupakan pemimpin kepada sebuah empayar jenayah antarabangsa yang mengendalikan rangkaian pajak gadai haram (underground pawnshop) sebagai saluran pengubahan wang haram.

Melalui rangkaian itu, beliau mempunyai hubungan kewangan yang sangat kukuh dengan Cheon Oe Cheon Group, sekali gus menjadikannya antara pemain paling berpengaruh dalam dunia gelap.

Disebabkan kekayaan serta kuasa yang dimiliki, ramai peminat menggelarnya sebagai “taikun dunia bawah tanah”.

Apa yang menjadikan Cho Pyeong-gyeon lebih menggerunkan ialah statusnya sebagai salah seorang anggota Generation 0 (Pre-Generation) dalam PTJ Universe. Generation 0 merupakan generasi legenda yang menjadi asas kepada universe Lookism, Manager Kim dan Viral Hit.

Mereka dikenali sebagai pejuang generasi lama yang membina empayar masing-masing sebelum kemunculan generasi baharu. Walaupun sudah berusia, ahli Generation 0 masih memiliki kekuatan fizikal luar biasa sehingga mampu menewaskan pejuang moden.

Dalam universe PTJ, Cho Pyeong-gyeon dikatakan menguasai rangkaian sindiket terbesar di China melalui Cheon Oe Cheon Group.

Walaupun lebih dikenali sebagai taikun jenayah, Cho Pyeong-gyeon sebenarnya memiliki tubuh badan yang luar biasa. Dalam webtoon, beliau digambarkan mempunyai kekuatan fizikal setanding Tom Lee (Lee Do-gyu), salah seorang karakter paling kuat dalam PTJ Universe. Malah, beliau masih mampu menggerunkan pejuang elit walaupun sudah berada pada usia lanjut.

Hubungan Cho Pyeong-gyeon dengan Manager Kim bukanlah hubungan yang baru terjalin. Mereka pernah bekerjasama dalam beberapa operasi penting bersama Hansu Seong dan Park Jin-cheol. Disebabkan hubungan itulah, beliau sangat menghormati Manager Kim dan sering memberi layanan istimewa kepada bekas ejen elit tersebut.

Dalam versi webtoon, Cho Pyeong-gyeon turut memainkan peranan penting ketika isteri Manager Kim melahirkan anak mereka. Beliau membantu memastikan keselamatan keluarga Manager Kim dan menjadi antara individu terakhir yang menghubungkan pasangan itu sebelum tragedi besar berlaku.

Babak tersebut sering dianggap antara detik paling menyentuh emosi dalam keseluruhan siri.

Salah satu jalan cerita terbesar melibatkan Cho Pyeong-gyeon ialah pencarian pewaris kepada empayar jenayah miliknya. Beliau dikatakan telah melatih bakal penggantinya selama lima tahun tanpa sebarang rungutan.

Namun, keadaan menjadi semakin rumit apabila tercetus konflik perebutan kuasa melibatkan anak-anak kandungnya sendiri. Pertelingkahan itu akhirnya membawa kepada peperangan dalaman yang mengancam seluruh organisasi.

Antara plot twist terbesar ialah keputusan Cho Pyeong-gyeon untuk mempercayai Manager Kim. Beliau memilih Manager Kim sebagai individu paling layak meneruskan legasi serta pengaruh yang dibinanya selama berpuluh-puluh tahun.

Ia bukan sahaja akan mengubah kedudukan Manager Kim, malah mampu mengubah keseimbangan kuasa dalam dunia Blue House dan seluruh organisasi jenayah antarabangsa.

Dengan statusnya sebagai legenda Generation 0, pemimpin empayar jenayah antarabangsa dan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Manager Kim, watak ini dijangka menjadi pemangkin kepada konflik terbesar dalam siri tersebut jika adaptasi drama ini diteruskan ke musim 2.

#AgentKimReactivated #ManagerKim

FB-DaebakKing


memang confirm la ada season 2, tapi tak tau bila. harapnya tak lama sangat la.

kalau baca webtoon ni, berkait2 cerita nya dengan drama lelain juga, biasa la, bila webtoon atau anime, boleh jadi panjang berjela jela, seba tak melibatkan fizikal/nyata banyak sangat.

till then, see ya.

17 comments:

  1. ko sabar jap agent kim....aku habiskan tengok cerita lain dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..please la kak..agent kim dulu.. berbaloi tinggalkan yang lain..dengan si Gang Chan yang cam haremm tu. 🤣🤣

      Delete
  2. Aduh... uncle ketinggalan bas ni.... (garu kepala)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, boleh naik bas lain uncle.. janji sampai... Hihihi

      Delete
  3. Alamak, belum sempat tengok lagi. Tak sampai giliran lagi. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kalau Agent Kim nak potong Q.. hihihi

      Delete
  4. Baca kat sini pun dah berkobar-kobar nak tahu lebih lagi hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marathon..dia kalau dah tengok ,memang nak sambung je terus

      Delete
  5. Dh habis tgk dh. Muka atok penyu tu mcm character dlm dragan ball =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. sama..
      Dengan Genryusai Yamamoto dalam Bleach pun lebih kurang..cuma janggut dengan kening je beza sikit

      Delete
  6. Nasib baik 10 ep je..
    tak menyabar tgk drama ni..
    hopefully cepat sikit season 2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang siri Netflix ,pendek² je..
      Dok layan A Shop for Killers pula

      Delete
  7. oo paham.. paham.. yg Agent Kim datang interview tu kiranya untuk masuk organisasi Cho Pyeong-gyeon lah eh, bakal penggantinya.
    Nape awal-awal dia tak minta tolong CPG masa lawan dengan bapak Hyeri kan.. kalau minta tolong agaknya 6 episod je hahaha. Kiranya Agent Kim ni jenis yang tak ambil kesempatan lah pada CPG, 10 tahun baru dia hubungi itu pun sebab nak jatuhkan bapak Hyeri dan Juhak Construction.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni usaha sendiri punya orang...
      Yang hujung² tu, samada IV masuk organisasi, atau buat bayaran atas bantuan "atuk penyu"...
      Menyampah tau dengan Gang Chan tu "saya akan buat apa saja untuk anak saya".. jadi anak orang lain tak penting lah.. dasar jahat.. memang menjadi dia dalam cerita ni.

      Delete
  8. Ini memang pasti ada S2 nya. Tak sabar menunggu. Semoga saja mereka memang dah siapkan , jadi tak terlalu lama menunggu lah. Sukaaaa sangat drama ini. Pas tamat kemarin, sedih juga, macam tak ada hiburan lagi 🤣🤣. Saya sampai cari2 drama So ji sub yg saya belum tonton..

    ReplyDelete
  9. Atok Penyu dipanggilnya. 😁 Gitew.. mekasih atas pencerahan. Terer aaa, besor kuasa dia, boleh jatuhkan Ju Kang tu.

    ReplyDelete
  10. Citer apa ni ? Ada sambungan dari citer mana2 ke ? Bab2 film drama Faa memang ketinggalan habis ni.

    ReplyDelete