Assalamualaikum.
Kecoh kan minggu lepas, blogger internasional "balik kampung" kejap.. 🤗🤗
Hihi, siapa lagi kalau bukan Fanny.
Awal tu, beliau ada wasap Linda.
Masa tu dah la nombor bukan Malaysia punya.
Kita ni risau scam, sekali Fanny rupanya.. hihi.
Katanya, kalau ada kesempatan nak berjumpa sambil memberi sesuatu.
Alahai, terasa kerdil tau kita dengan geng² otai blogger ni.
Tapi, tulah. Masa nya tak kena, tak dapat nak bersua muka dengan Fanny.
Jadi, Fanny kata nak poskan je barang² nya.
Macam memang GA pula, dapat hadiah.
Sampai dah parcelnya.
Berat juga ni, jom la kita tengok isi dalamnya.
Ya Allah, meriah betul kirimannya.
Macam² ada, pelbagai jenis.
Ada sambal pecal, sambal bawang, coin bag, mini lotion..
Yang lagi 3 tu, Linda teruja nak tengok.
Sebab tak tahu apa dalam nya, selagi tak buka.
Jom Linda zoom sikit.
Dalam kotak hijau ni, rupanya minyak telon.
Terus teringat kalau anak² kembung perut masa baby² dulu, memang sapu minyak telon la.
Tapi, ni mcm moden sikit, siap ada wangian lagi.
Yang dalam kotak hitam ni pula, wallet.
Ni la wallet ajaib yang uncle gedek pernah cerita tu rasanya.
Memang praktikal betul rasanya.
Yang paling tak sangka, ada tudung dalam bungkusan warna coklat tu.
Kreatif betul packaging dia.
Selalu nampak dalam plastik atau dalam kotak je.
Terima kasih buat Fanny kerana dah bersusah payah untuk giftnya.
Bak kata Fanny "tanda menghargai blogger yang rajin memberikan komen"
Mcm geng² blogger selalu buat la.
Pengomen terbanyak setiap bulan..hihi.
Alhamdulillah, atas rezekinya. Semoga rezeki Fanny sentiasa lancar, aamin.
Till then, see ya.





Meriah hadiahnya. Tumpang seronok!
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki..
Deletemeriah gift dr fanny..akak dlu time jmpa fanny pn mcm2 dpt
ReplyDeleteItulah ,salute betul..bawa terbang dari Jakarta ke Malaysia
DeleteBanyaknya hadiah Fanny bagi. Akak tumpang seronok, Linda. Minyak telon Habbie tu, Fanny pernah bagi, wangi je. Alhamdulillah, rezeki Linda.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteLinda tak bau pun lagi minyak Habbie tu, boleh la guna nanti kalau kembong perut.. hahaha
Alhamdulillah meriah rezeki Linda. Semua hadiah best belaka
ReplyDeleteAlhamdulillah.. itulah, seronok tengok semua hadiah
DeleteBerharap sangat kalau nanti ke KL lagi atau mana2pun kakak dah berada, bisa jumpa yaaa 🤗🤗🤗. Teringin nak buat rutin GA top komentator, tp kalau di sini agak susah. Makanya saya prepare tiap saya ke Malaysia saja 😄
ReplyDeleteInsyaAllah..jika ada rezeki nya, boleh juga jumpa nanti...
Deletealhamdulillah slmt smpi
ReplyDeletesemua ok kan?
btw fanny yg minta sy pos kan tu sbb tmpt keje dkt dgn MBE...
Alhamdulillah..semua dalam keadaan baik..itulah, Fanny ada info juga sis Anies yang tolong poskan..terima kasih banyak ya
Deletebest tu dpt mcm2 hadiah dari fanny!! nanti next trip fanny turun lagi msia bolehlah gather2 sama2 ;) tapi linda dh nak pindah perak kan soon
ReplyDeleteMeriah betul kan hadiah² yang diberi. Minyak telon tu boleh sapu kat perut yang sebu. Akak pun dapat tudung dalam packaging cam purse, menarik kan.. lain dari yang lain. Dok pikir nak isi apa purse tu.
ReplyDelete