Friday, June 19, 2026

.: KADAR KELAHIRAN MALAYSIA :.

Assalamualaikum

kadar kelahiran di Malaysia

Kuala Lumpur: Malaysia merekodkan hanya 414,918 kelahiran hidup pada 2024, jumlah terendah sejak 1980. Angka ini turun 9.0% berbanding tahun sebelumnya, ketika kadar kesuburan negara berada sekitar 1.6 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah paras gantian populasi 2.1.

Maksud mudahnya begini.

Anak Malaysia yang lahir hari ini tidak cukup untuk menggantikan generasi Malaysia yang semakin menua.

Kalau trend ini berterusan, 20 hingga 30 tahun lagi negara akan ada lebih ramai warga emas, tetapi lebih sedikit anak muda untuk bekerja, membayar cukai dan menjaga ekonomi negara.

Pada tahun 2000, Malaysia pernah mencatatkan 537,853 kelahiran hidup. Maksudnya, dalam tempoh lebih dua dekad, negara kehilangan lebih 120,000 kelahiran setahun berbanding dahulu.

Ini bukan sekadar statistik.

Ini tanda bahawa anak Malaysia semakin sedikit, keluarga muda semakin kecil dan negara sedang menuju ke arah populasi menua dengan lebih cepat.

Hari ini mungkin kita rasa biasa. Satu anak cukup. Dua anak berat. Tiga anak dianggap luar biasa. Tetapi 20 hingga 30 tahun akan datang, kesannya akan lebih terasa.

Tenaga kerja tempatan semakin mengecil. Lebih ramai warga emas perlu dijaga. Ekonomi pula tetap memerlukan pekerja.

Bila anak Malaysia makin sedikit, ruang kosong itu tidak akan kekal kosong.

Negara akan semakin bergantung kepada tenaga luar untuk mengisi sektor pekerjaan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan penjagaan.

Ini bukan soal membenci warga asing. Ini soal masa depan negara sendiri.

Kalau rakyat Malaysia sendiri semakin kurang melahirkan anak Malaysia, siapa yang akan menyambung generasi Malaysia?

Kepada pasangan yang sudah berkahwin, sihat, stabil dan mampu, jangan terlalu takut untuk membina keluarga.

Kalau mampu, tambah lagi.

Kalau sudah lama mencuba, dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul.

Kalau sedang merancang, rancang dengan ilmu, kesihatan dan tanggungjawab.

Anak ialah pewaris keluarga.

Anak ialah tenaga negara.

Anak ialah masa depan Malaysia.

Malaysia perlukan lebih ramai anak Malaysia.


#PublicHealthMalaysia

#KesihatanKeluarga

#MasaDepanMalaysia


20-30 tahun akan datang, mungkin kita akan menjadi negara macam China dan Korea. Tapi, zaman sekarang nak menambah anak. Memang mencabar. Belum lagi yang trauma nak masuk dalam ikatan perkahwinan, belum lagi yang dah kahwin tapi nak childfree.

mungkin ada orang cakap, tak payah nak pening2. tak lama lagi nak kiamat pun, fokus pada beribadah je.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda : 

إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا

Maksudnya: “Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

Bayan Linnas kepentingan pertanian

till then, see ya.

14 comments:

  1. Good sharing.Byk jgk bc cerita ttg perkara ni.

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian yang membuka mata. Kadang-kadang kita cuma nampak kesan pada keluarga sendiri, tapi tak sedar kesan jangka panjang pada negara bila populasi makin menua dan tenaga kerja makin kurang. Hadis yang Linda kongsi tu pun sangat mendalam maksudnya..tanggungjawab kita untuk terus berusaha dan memberi sumbangan sehingga ke akhir hayat.kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi tulah.. setakat kemampuan ni, mampu 4 orang tu jelah.. Alhamdulillah...
      Hadis tu menunjukkan, keseimbangan tu perlu..antara agama dan kehidupan.. semoga yang baik² je untuk kita semua..aamin

      Delete
  3. Sharing yang baik tapi allah dah tetapkan berapa anak dah tu dalam rezeki. Berusaha la macam mana tetap la itu rezekinya. Faktor pemakanan pun mainkan peranan juga. Fast food, bahan dalam makanan etc....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ezna..yang tu pun kita tak nafikan.. tapi, trend sekarang kan.. memang orang nak minimumkan anak, masing² ada reason masing²..kalau anak 4 macam Linda pun, orang dah kata ramai.. hihi..

      Delete
  4. macam family sebelah ayah ammi, kecik je family kami. Atuk nenek ada 4 anak tapi dari 4 tu cuma dapat 10 je cucu. DAripada 10 cucu cuma ada 15 je cicit. Daripada ayah ammilah yang meramaikan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut sebelah Linda.. nampak macam ramai..tapi, tak cukup juga.. hahaha..
      Adik beradik Linda 6 orang, Linda ada 4 je anak.. tapi, cucu belah family Linda ada 12..

      Klau belah suami adik beradik di 3 orang je..so anak Linda lagi ramai lah..hihi. cucu pula ada 7..Alhamdulillah.

      Delete
  5. Kan ada yang muda mudi zaman sekarang takmo anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Masing² punya pendapat dan perancangan kan

      Delete
  6. Banyak faktor mempengaruhi kadar kelahiran ni kan; ekonomi, life style, kesihatan... Bila negara menua pelbagai isu juga nak kena hadap sbb bilanga org tua ramai, orang muda kurang. Negara nak bergerak maju dari segi productivity, daya saing semua menurun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. moga yang baik² saja di kemudian hari nanti..aamin

      Delete
  7. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga ramai yang menyedarinya sebelum terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Sebenarnya, ramai je yang suka anak ramai.. baru meriah rumah, tapi..dengan ekonomi sekarang ni..agak mencabar

      Delete