Friday, May 22, 2026

.: PUSING TAMAN UTP :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 16.05.2026
hampir setengah tahun incikSuami dan anak-anak menetap di Tronoh, baru la sempat nak pergi Taman UTP yang ada macam2 replika haiwan purba.
itu pun setelah kak M bebel dekat ayah dia.
campur ibu pun nak kumpul steps juga.

taman UTP
jumpa tempat gayut ni.
anak-anak ni suka la.
kak M berjaya bergerak dari mula ke akhir tempat bergayut tu.
tahniah, ibu nak angkat badan pun tak larat.
ayah gelakkan ibu ya.. hahaha

taman UTP
lepas tu, jalan lagi ke depan.
ada banyak jenis batu batan yang di pamerkan.
batu batan tu pun, tak pastilah replika ke yang asal.. hahaha
kot la terjumpa masa mengorek fosil2 kan.

taman UTP
kalau dengan T-rex ni haruslah bergambar.
nie anak T-rex.

taman UTP
ni pula T-rex dewasa.

dah sampai kawasan T-rex ni, dah separuh taman la kita pusing.
dedek dah penat.
siap tanya ibu, mana air yang ibu bawa tadi.
rupanya, ibu tinggal dalam kereta.
kena minta dedek sabar sikit la.
nak alih perhatian, kena ajak la menyembang je.. hahaha

taman UTP
dah 3/4 taman.

taman UTP
Dedek jumpa kawan jap.

taman UTP
Ni lah yang kak M sibuk nak tengok.
Siap suruh ibu cepat sikit, takut Mammoth ni dah balik Kutub Utara katanya..
Adoi, macam² la imaginasinya...

Alhamdulillah, selesai 1 pusingan taman.
Linda sambung lagi 1 pusingan, minta anak² dengan incikSuami tunggu sambil berehat².
Setel 1 pusingan lagi, sebelum balik rumah, kena pau dulu beli eskrem..
Itulah kisah mak² ni kan..
Senang² je kena scam.. hahaha.

Till then, see ya.

14 comments:

  1. Baguslah ada aktiviti begini....boleh exercise dalam masa yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..anak² boleh leka sekejap main game, tengok replika

      Delete
  2. Menarik taman ni... Ada replika dinosaur sukalah budak² kan

    ReplyDelete
  3. rare jugak patung mammoth ni...teringat plak movie animasi ice age tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..itu yang kak M kata mammoth nak balik kutub tu

      Delete
  4. Seronok juga jalan2 sambil kumpul step ni bila ada port menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..memang seronok .tapi, nak keluar rumah tu pun, berchenta juga..hahaha

      Delete
  5. Seminggu sekali kan jumpa.. kdg 2 minggu sekali... ni lah masanya nak paww ibu.

    ReplyDelete
  6. Ada water cooler kat tempat kanu tu, kalau lupa bawa ayor, next time. Batu² asal tu, depa jumpa waktu cari gali. Merata lokasi dia ada share kat papan info deme cacak kat situ. Bestlah anak² datang sini, boleh tengok dinasour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..baca papan tu kak..tapi, baca nama batu je...
      A ah, nampak juga water cooler situ..tapi tak belek.. udah lepas trex tu baru dedek mengeluh..dahaga.. hahaha

      Delete