Sunday, May 10, 2026

.: BRISWALK PAGI AHAD :.

Assalamualaikum.

Aktiviti hari Ahad, dengan tidak melayan kemalasan. Jom la kita pusing hospital pagi² ni.

Alhamdulillah, cuaca cerah.
Yang buat malas nak briswalk dekat luar ni, nak bersiap tu.
Takde lah bersiap lawa² pun, tapi nak tukar baju yang menutup aurat..hihi.
Dia kalau dah duduk rumah @ bilik, kalau boleh memang tak nak keluar dah.. hahaha.
Pusing dalam sejam.
Dapat la banyak tu steps nya.

Berat betul ehh.. hahaha.
Kita cuba pelan², mana tahu berjaya turunkan berat badan nanti. Hihi.

Lepas balik bilik, mandi².
Makan² (makan juga, macam mana nak tuyus).

Kisah kan yang ni pula.

Geram tengok kan, meh la kita kerat² dia. Hihi.

Tapi kan, sekejap je tu, pukul 11 lebih. Golek² atas katil, lepas tu ketiduran sampai pukul 2 petang. Hahaha.

Paksa diri bangun, solat zohor.
Nak p jalan² dekat Selayang Mall lah.
Buat apa? Makan. Jalan². Beli barang.

Till then, see ya.

26 comments:

  1. 1jam 6k steps ni laju juga jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil dengar lagu..ada yang turun bukit, laju tang tu kot stepnya..kikiki

      Delete
  2. Laju tu Linda. Biasanya saya buat 1 jam baru 5k steps 🤭 Semalam tak masuk gym tapi menapak dari Masjid Jamek ke Chow Kit lepas tu ronda2 area Chow Kit. Dapat la 6k steps. Petang pulak pergi berbasikal kat Taman Tasik Titiwangsa dalam hujan renyai2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejam lebih sikit lah tu...hihi..entahla, Linda berjalan sambil dengar musik..agaknya musik rancak, berjalan pun makin laju kot .Kikiki

      Delete
  3. Sikit lagi nak dapat 10k steps macam yang staf KKM tengah buat sekarang ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai ke malam..lagi sikit nak jumpa 10k..tapi, malas betul .hahaha..

      Delete
  4. Chaiyok Linda!
    Ada tempahan bunga telur ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pun, saja nak bagi dekat officemate nak buat akikah anak dia.. alang² bahan pun ada lagi

      Delete
  5. Tahniah, Linda, kerana berjaya lawan kemalasan. 👏💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga terus semangat...
      Kena minta kasut baru ni.. hahaha

      Delete
  6. Cukuplah tu, sebenarnya tak perlu pun sampai 10,000 step.

    ReplyDelete
  7. Tahniah...berlangkah-langkah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ni kes bookdoc la ni..ketagih kejar step pula...hahaha

      Delete
  8. MZ baru nak start clean eating ni slow2 hahahah berat memang naikk bykkk laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...pelan2.. just enjoy, cuma jangan berlebihan...

      Delete
  9. eh, letihnya. syok berguleng atas katil di hari minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... nak kurus balik...tu yang gigih...moga berjaya lah

      Delete
  10. jelesnya. bila la akak nak mula briskwalk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kka.. pelan2 je.. keliling taman pun boleh

      Delete
  11. Keep it up Linda. Teruskan briskwalk. KSarie ini entah bila la nak mula. Yang purple tu untuk buat bunga telur ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tengah berkobar2... esok lusa, tak tau la macam mana pula.. hahhaa...
      a ah kak Sari, nak buat bunga telur.. nanti dah siap, kita share..mcm biasa...

      Delete
  12. Jiayokk kakk..
    Cuya tak rajin la bab jalan2 briskwalk ni. Kalau jalan2 shopping rajin ler 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sama je...tapi, sekali sekala dapat keluarkan peluh...seronok..

      Delete
  13. Bahagia sangat tu jam 11 dah golek²😆. Memang betul² me time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat kak..dah kenyang sarapan, mata pun layu lah

      Delete