Tuesday, May 19, 2026

.: AKTIVITI HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.

Bila hujung minggu di Tronoh, memang tak sempat nak update dan baca blog.
Banyak nak kena cover balik.

Antara aktiviti hujung minggu.
Akhirnya, dapat juga beriadah di taman UTP.
Entry khas akan menyusul.

Signage
Cuma nak share satu gambar yang diambil di taman UTP.
Cuba cek apa yang tak betul. Hihihi.

Dedek membaca
Alhamdulillah. Sempat suruh dedek baca buku.
Linda saja nak tengok, boleh baca ke tak.
Alhamdulillah, boleh baca, yang suku kata ada 3,4 gabungan tu, lemah sikit.
Takpe, kalau rajin membaca, jadi pandai la nanti.
Buku sumbangan dari library, kebetulan geng² library baru balik dari Perpustakaan Negara dan dapat beberapa naskah buku percuma.
Linda pun ambil la, sebab sesuai buat bahan bacaan kanak².

Hari Ahad, teringin nak makan bubur pula. Kemain ajak incikSuami pergi kedai Bubur Perak.
Tapi, bubur pulut hitam dah habis.
Datang pun dah kira lambat juga lah.
Tinggal sikit² je bubur nya.
Rupanya, seberang jalan kedai Bubur Perak tu ada macam pasar malam.
Next time boleh la datang tengok².

Wadai Kiping
Last² Linda pilih bubur Wadai Kiping.
Anak² punya bubur jagung.
IncikSuami beli Boko ubi.
Memang suka dia dengan kuih tu.

Alhamdulillah, weekend spend well di Tronoh.
Raya haji nanti, balik Sg Samak sehari je, jumpa la abang Mu'az. 
Ibu jelah yang rindu dia pun, dia seronok duduk kampung. Hahaha.

Till then, see ya.

3 comments:

  1. Bubur wadai kiping tu cam tepung pulut buatannya. Sedap ni. Seronok kan kalau balik kg pi pasar pagi dia. Akak suka vibe camtu.

    ReplyDelete
  2. Bubur Wadai kiping ni mmg femes kan dkt perak? Tapi apesal sy rasa sy x pernah mkn ek? =D

    ReplyDelete
  3. fav kak wadai kiping ni. kampung kami panggil puteri mandi. rupanya puteri mandi sebenar tak mandi cuma salut kelapa je. haha. kalau buat pengat pisang akak akan uli tepung sikit buat camni letak dalam pengat. aish suka sangat. pisang dia asing tepi, tepung je dia ngap

    ReplyDelete