Assalamualaikum.
Sambung lagi entry raya.
Raya ke3, Isnin-23.03.2026, baru la Linda balik beraya di Taiping pula.
Sebab gerak pagi, family Linda ikut datang beraya di Taiping.
Gambar ni je yang ambil.
Aduh, takde mood betul nak ambil gambar.
Tapi, ok la.
Ada juga bukti datang beraya kan. Hihi.
Lepak² kejap, family Linda pun gerak balik Sg Samak semula.
Kak Mas kata jalan jem waktu tengah hari tu, nak lepas traffic light dekat Changkat Jering tu pun dah dekat sejam lebih.
Padahal, kalau hari biasa tu, sejam lebih dari rumah MIL dah boleh sampai rumah Linda. Hihi.
Family Linda gerak balik.
Terus la kitaorang gerak makan kenduri pula.
Belah² family incikSuami, memang suka buat kenduri time raya. Hahaha.
Sepanjang kahwin ni, rasanya dah 3,4 kali ada kenduri time raya yang Linda pergi.
Yang tak pergi pun ada juga.
Panas lit lit pun sanggup bergambar.
Tengah² tu adik ipar, sebelah dia MIL Linda.
Rasanya ni jelah gambar dengan keluarga incikSuami.
Lupa juga nak ambil gambar family helok².
Biasa la, anak bujang mood tak helok.
Abang Mu'az lah, mula² tak nak ikut balik raya Taiping, sebab lusanya ada baraan dekat kampung dengan kawan² nya.
Haisyh, umur masih belum cukup lagi untuk membolehkan memilih sendiri tak ikut balik beraya.
Kalau waktu tak raya tu, boleh la excuse.
Ni, jenuh nak jawab dekat opah kenapa tak datang.
Sat g, opah buat ayat "dia lagi seronok dekat kampung sana".
Aiyooo, Linda pula yang serba salah.
Eh, panjang juga entry nya.
Walaupun 2 gambar je yang ada. Hihi.
Jadi betul lah, setiap gambar ada cerita.
Till then, see ya.


raya pertama dan kedua tu ada la gambar family. raya ke3 tu dah malas dah. hihihi. ada sikit2 je gambar cie dan anak2.
ReplyDeleteanak2 bujang dah takmo bergambar sangat...jadi, mana yang ada je.. hahaha
DeleteHaah lah tahun macam malas je nak ambil gambo cantik2. Ambil setepek buat ada adegan. hehehe
ReplyDeleteasal ada..untuk kenangan mendatang
DeleteNanti Opah merajuk... tak tayuuuu
ReplyDeleteitulah...ibu yang serba salah...tapi, menjak duduk tronoh ni, sellau je pesan kat husband, kalau wekend linda tak balik...suruh dia balik Taiping..takde la sunyi mak nya
DeleteSama, belah family Akk pun selalu buat kenduri waktu Raya. Masa ni ramai balik kampung, sekali jalan la Raya dan kenduri.
ReplyDeletebelah utara memang gitu kot.. kalau panggil anak beranak je, itu pun dah meriah.. hahaha
DeleteBudak2 zaman skrg mmg tak suka ikut beraya. Anak2 saya pun sama, tapi skrg dieorg dah fasa redho, ikut je klu mak dieorg suruh bersiap keluar beraya 😅
ReplyDeleteitulah tu...kadang2 kita malas nak berkeras, sebab nanti anak2 moody, bapak dia pun hangin je kang...dah la no 1 dengan bapak dia tu tak sebulu.. hahaha
DeleteKesian opah dh lama x jmp cucu =)
ReplyDeleteyang sulung lah, sebab dia dah duduk asrama, lepas tu duduk kampung linda pula tu..jarang la jumpa..
Deletememang kdg2 our kids tak nak ikut ke mana2...biasanya MZ akan paksa jer unless ada reason yg kukuh utk diaorg tak mau ikut tu
ReplyDeletekalau setakat keluar jalan2 biasa.. linda ok je.. ni hari raya.. big no la.. memang guna kuasa veto lah...tapi, kena banyak sabar la hadap perangai moody nya..
Deleteopah memang akan sensitif lebihhh bila cucu taknak ikut balik kampung opah, nti opah kata yelah lebih suka balik sebelah sana ye :(
ReplyDeletekan.... linda ni tak tau la nak cakap macam mana...rasa serba salah betul
Deleteselamat hari raya Linda...maaf zahir batin
ReplyDeletebaru sempat nak berziarah raya ni
selamat hari raua buat kak Afzan sekeluarga
Delete