Tuesday, March 10, 2026

.: PERMATA ADDMATH SEMESTI :.

Assalamualaikum.

Akhir zaman, berita kematian tak asing lagi.

Samada yang kita kenal, ataupun tidak.

Semalam, mendapat perkhabaran. Cikgu AddMath kesayangan warga Semesti telah meninggal dunia secara tiba².. asbab terjatuh bilik air.

Teringat arwah FIL yang terjatuh semasa mengait kepala  kelapa, dan terus pulang ke pangkuan Allah.

Yang paling Linda ingat mengenai arwah.. dia akan sebut "haaa tekan kelekatu kamu"

Kelekatu merujuk pada kalkulator

Arwah tak pernah menunjukkan marah, walaupun ramai yang gagal AddMath. Arwah tetap tenang mengajar, tapi memang bertimbun² la soalan yang arwah bagi sebagai latihan setiap hari.

Linda sendiri nak dapatkan markah above 50 pun susah.

Masa ambil result SPM, yang Linda cari addmath, risau menjadi punca kegagalan.

Alhamdulillah, berkat arwah mengajar tanpa jemu, dapat la A2 dalam tangan.

Semoga Allah merahmati dan masukkan arwah di syurgaNya, aamin.

 "Cikgu yang meninggal tu, Cikgu yang suka ambil gambar budak-budak SeMeSTi tu ke?"

"Ya, betul."

Berderet wasap yang masuk. Aku balas satu persatu.

Itulah orangnya.

Cikgu Rohaya Morat

Selalu menghiburkan hati ibu-ayah dengan mengambil dan mengupload gambar anak-anak di FB beliau untuk tatapan ibu-ayah di rumah.

Pagi ini beliau telah dijemput pulang kepangkuan Pencipta-Nya.

Kehilangan yang mengejutkan seluruh warga SeMeSTi. 

Semoga Allah ampuni segala dosa arwah, luaskan kuburnya, ganjarinya dengan Syurga  dan tempatkan arwah dikalangan hamba-Nya yang soleh solehah.

Titik.

#SamuraiKurus

Kredit FB sensei Hizandi Shuaib

23 comments:

  1. Al-fatihah utk arwah. Beruntung dia meninggal dibulan yg mulia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita juga mendapat pengakhiran yang baik nanti..aamin

      Delete
  2. Replies
    1. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman..aamin

      Delete
  3. Al Fatihah buat Aruah. Orang baik meninggal di bulan yang baik. Linda kait kelapa ke kait kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. al fatihah...
      Allahuakbar.. mekasih akak tegur.. seram pula kita bila kait kepala... hahaha

      Delete
  4. alfatihah buat arwah cikgunya....

    ReplyDelete
  5. salam takziah buat seluruh warga semesti. mesti arwah sangat disayangi pelajar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seorang yang sangat happy go lucky..

      Delete
  6. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  7. salam takziah dan al-fatihah. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman, aamiin..

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sedih bila cikgu yang pernah ajar kita dah takde.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah buat family arwah dan seluruh warga Semesti.

    ReplyDelete
  10. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Semoga Husnul khotimah utk beliau. Insyaallah ilmu yg diajarkan akan mengalirkan pahala tanpa henti.

    Saya tak tahulah kenapa, tp ramadhan THN ini, teman2 saya dah beberapa meninggal, lalu ibu teman saya, juga td pagi saudara Mak Tangah , juga meninggal.

    Beberapa hari sebelumnya berita artis Vidi Aldiano juga ramai sampai skr, Krn meninggal akibat sakit.

    Saya langsung, banyak sangat yg meninggal 😭😭😭. Baca berita gini jujur buat mood saya turun juga

    ReplyDelete