Assalamualaikum
Sabtu, 14.03.2026 - lepas 2 hari berkurung dalam bilik, sebab sakit pinggang.
hari sabtu petang, dalam pukul 3 lebih tu, decide nak keluar juga.
menghirup udara segar.. kikiki
sambil nak p farmasi lah.
hasil membeli dekat farmasi.
koyok + semburan untuk muscle pain.
tapi, yang guna koyok je.
Alhamdulillah, lega juga la pakai koyok ni.
terasa berangin, panas je.
yang cold spray tu, tak guna pun.
sebab konon nya, kalau tiba-tiba ada rasa sakit menyengat sangat, baru nak spray.
alhamdulillah, getting better, mungkin dah 2,3 hari kan.
dah makin ok lah..
sambil tu, moh la kita jalan2 pelan.
nak keluar duit sekali, bagi ada cash sikit.
sambil-sambil nak cari sampul raya.
jeng-jeng, jumpa dah dekat Mr DIY.
1 set tu 80 sen, ada 6 helai dalam tu.
kalau ikut harg asal RM1.20
ada diskaun ler tu.
keluar dari selayang Mall, tengok bazar Ramadan dah buka.
eh, dah pukul 5 petang rupanya.
meh la kita singgah beli juadah berbuka sekali.
kali ni, parking motor.
linda tak double stand dah.. hahaha
till then, see ya.


amik masa nak sembuh tu...tergeliat kan...apapun harap sihat ye..lepas ni nak balik raya kan..start cuti bila tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah kerja pun hari Isnin lepas.. kita kerja sampai esok (last day)...turn cuti lepas raya..
DeleteGWS dear, nak raya dah ni =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah lega, boleh sambung kontrak memasak la nanti dekat kampung..hihihi
DeleteTake it easy ya, Linda. Lawa juga sampul raya tu.
ReplyDeleteLawa dan besar..ada 2,3 corak..
DeleteBaru ni pun nampak kat diy ada banyak jual sampul. Cie hari tu makan ubat tahan sakit, tampal salonpas, sapu roll aromaterapi tu.
ReplyDeletemakan ubat tahan sakit pun tak jalan hari tu...
DeleteNampak gak sampul kat MrDiy... banyak pilihan cuma akk tak beli la.
ReplyDeleteitulah, tapi sebab nak guna...tu yang beli...tak jumpa sampul lama dekat mana...asyik berpindah je.. hahaha
DeleteSemoga cepat sembuh dan kembali ke aktiviti harian seperti biasa.. sampul raya kita tak cari tahun ini sbb shopping dekat lotus dgn apa ntah hari tu dah dapat banyak huhu..
ReplyDeletetahun ni takde dapat sampul free banyak sangat...
DeleteAlhamdulillah, dah baik sekarang ni
Saya kemarin tuh beli juga amplop raya, untuk anak2 kecil sekitar rumah. Sebab mereka blm ada e-wallet biasanya. Tp ntah seller tak jujur, atau seller tak teliti saat packing barang, kurang 6 lembar amplop raya yg saya beli. Harusnya ada 12 lembar, cuma 6 pula.
ReplyDeleteTapi Krn kekurangannya hanya 8ribu rupiah, ya sudahlah yaaaa, malas pula saya nak komplain 🤣
Ala..jadi kurang juga lah..
DeleteKenapa salonpas ni kadang2 orang panggil koyok ek. Sebab tgok kat kotak dia tu, takde pulak tertulis perkataan koyok. Mana diorang dapat nama ni 😂
ReplyDeleteHahaha..itulah..dari dulu panggil koyok kan..
Deletekoyok ni mmg sentiasa ada dlm my handbag. biasa kak sakit bhgn bahu, bila pasang da bau ja mcm org tua. eh tapi mmg da tua pun kan. ahahahaa~
ReplyDeleteBau tu yang sedappp jaaa
Delete