Thursday, March 5, 2026

.: CLAY STICK G2G :.

Assalamualaikum.

Minggu lepas, waktu rehat hari Jumaat saja lah pergi Selayang Mall.
Niat nak cari kasut kerja dekat Parkson tu, takde yang berkenan pula.
Masuk la Watson.
Memang ada jelah yang berkenan dekat Watson tu.. hahaha.
Salah satu nya.

Clay Stick G2G.
Kalut la nak cuba juga, sebab hari tu abang Mu'az ada beli.
Tapi, Linda beli yang warna kelabu.
Ada campuran tanah volcanic katanya.

Dalam dia warna kelabu macam ni.

Try la tepek 1 muka. (Malu nak upload gambar.. hahaha)
Mula² rasa macam hangat² pijar.
Adakah sebab tanah gunung berapi tadi?? 🤣🤣
Sekejap je rasanya.
Pakai dalam 10min, lepas tu basuh.

Kesan lepas basuh tu, muka terasa la macam smooth sikit.
Segar je dari minyak².
Tapi, tulah..baru pakai sekali je. Hihi

Secara asas, fungsi mengikut warna.
Helok la Linda beli yang kelabu tu, sebab memang selalu ada mcm white head tu.
Geram je.
Kalau guna telur putih tu, syok je.tapi tahan la bau hanyir sikit.
Lepas tu ada, barang dari Siam, warna putih macam susu getah tu.
Yang tu mula² dulu, power. Memang banyak la "rumput" (white head) yang ditarik.
Sekarang dah tak power sangat.

Nak cuba boleh la beli, tak sampai RM14 pun. Nak apply pun senang, tak payah nak kotor²kan tangan..hihi.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. wah macam best je. Kalau akak kena pilih yang pink sebab muka macam kusam je.

    ReplyDelete
  2. Anak dara sy xtau lg pasal claystick ni kot... xde pun dia meratib nk mintak beli.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..mesti tak banyak tengok Tik tok ni..hihihi

      Delete
  3. yg penting kena rajin laaa...MZ plak penyakit M agak menebal wpun suka beli mcm2 skincare hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kena rajin...Linda beli yang memang Linda rajin pakai je..hihi..yang lain²..memang tak beli lah

      Delete
  4. Cari kasut kerja?. Tak de ke teman2 blogger yg nak share tentang kasut raya, I teruja nak stalk ni walau pun ingat thn ni mcm malas nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut raya Linda dah selamat beli tahun lepas.. hahaha .awal kan

      Delete
  5. Ada tengok dekat TT hari tu... Menarik juga ye

    ReplyDelete
  6. oh mcm jenis juga G2G ..yg biasa tgk mcm cushion & mosturizer

    ReplyDelete
    Replies
    1. G2G ni pun ada kapas muka yang dah siap rendam dengan toner..yg tu pun macam geram je nak beli..tapi, toner sedia ada tak habis lagi..

      Delete
  7. Linda, jangan meracun akak. 😂

    ReplyDelete
  8. pernah pakai yg pink tp brand lain laaa... hehehe

    ReplyDelete
  9. Akak ad yang mugwort tu...best pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..masa beli dok milih mugwort ke volcanic

      Delete
  10. Cie ada yang skintific. Lama tak pakai tapi belum expired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...selalu mcm tu la. Beli²..lama nak habis...🤭🤭

      Delete
  11. kak pakai yg hijau la opkos. hahaaa~ best, rasa muka cantik bebenaw lepas dah cuci tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kan..kita perasan sendiri la...kalau tak diri sendiri, siapa lagi nak puji

      Delete
  12. Issh saya pernah lah mama pakai masker putih telur, ya Allah, memang nak pingsan saya cium baunya, sampai serumah tercium 🤣🤣🤣🤣. Amis sangat. Dah paling betul pakai yg sudah jadi begini kak 😅👍. Tak bau sangat

    ReplyDelete
  13. hahaha..saya yang dah berumur rasanya cuba juga jika dapat benda ni bagus kan ..lega ja

    ReplyDelete
  14. Menarik... menarik.. cam nak try.

    ReplyDelete
  15. Ammi ada beli product tarik white/black head tu. Tenyeh2 tepek ngan kertas tu bila dah kering cabutkan. Mmg yg dulu best kot habis tertanggal walaupun melelehlah airmata masa nak tarik kertas tu. Skrg ni mcm takde apa sgt pun yg keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa..yang tu la..product Siam tu kot..botol kecik warna pink, putih.. betul, yang dulu² punya memang syiokk la..baru² ni beli balik, macam takde apa...

      Delete