Assalamualaikum.
Isnin. 16.02.2026 - lepas selesai dekat kedai TM Unifi ni, incikSuami tanya nak ke mana lagi.
abang Mu'az dari awal lagi dah ajak linda pergi Al Ikhlas Diecast Gerbang Malam , Ipoh, Perak.
abang Mu'az nak menambah koleksi hotwheels dia la tu.
sampai tak tahu nak pilih yang mana.
sembang la dua beradik tu.
abang Mueez, tengok je lah. sebab dia takd duit. hahaha
RM160 untuk 2 biji kereta.
ya Allah anak.
lepas tu rezeki pula boleh buat lucky draw.
maybe RM50 dapat sekali cabut.
sebab abang Mu'az boleh cabut sampai 3 kali.
hasil cabutan, dapat la 3 biji kereta, yang murah 2, yang pertengahan 1.
entah la, linda pun tak tahu beza kete2 ni.
kenapa ad yang mahal, ada yang murah.
nie la 2 ketul yang RM160 tu.
kereta yang warna biru tu, boleh buka bonet depan dia tu.
abang Mu'az guna duit yang dia kumpul dari orang2 yang bagi dekat dia. hahaha
selalunya, kakek dengan opah la bagi duit.
sedekah dengan cucu cucu.
dia simpan, takde ke mana.
adik-adik duduk rumah, kadang beli jajan dekat kedai. hahaha
kalau abang Mueez tu lagi lah, pantang ada duit.
mula lah dia beli itu ini.
nie yang 3 biji dapat free cabutan bertuah tu.
dedek dapat 1 dah, berkat kenen dekat abang dia.
walaupun abang tu kadang2 stress je dengan adik tu.
tapi, kena cara, abang bagi je apa yang adik minta.
apa apa pun, semoga terus berkasih sayang sesama adik beradik.
till then, see ya.





Tak berapa tahu pasal hotwheels, boleh tahan mahal jugak ya. Patutlah tengok orang siap rak display koleksi ni. Bukan biasa-biasa.
ReplyDeleteDari mahal hingga ke murah..yang tahu je tahu kenapa dia mahal.. macam orang yang suka kumpul G-SHOCK lah...hihihi
DeleteWow..Pricy jgk harnya sebiji kereta tu ye...Tp OK la sbb gun duit sndiri =)
ReplyDeleteA ah..ada je yang harga cecah ratus² sebiji..ntahla, Linda pun tak tau kenapa..mungkin limited edition kot..
DeleteMahal tu yg limited edition kot.. nk tgk koleksi dia yg lain jugak linda
ReplyDeleteAlahai, barang abang Mu'az tak habis angkut lagi..dekat Selayang ni ada lagi..Kikiki..nanti kalau complete, boleh la share..
DeleteMahal ye?. Mungkin padu kot.
ReplyDeleteMy son pun minat kumpul keta2 kecik ni, tp sejak dah besar ni mcm tak prasan plk kat bilik dia. 🤔 Jgn dia buang sudah.
Ad yang mahal..ada yang murah..tapi ,yang murah² tu dia tak pandang dah...hahaha..
DeleteAnak sis dah sedekah dekat orang kot
Tengok dekat stesen minyak harga belas² ringgit pun rasa mahal ya amat dah hihi ... Tapi kalau dah minat tu, tak leh kata apa la kan...
ReplyDeleteDia guna duit kumpul sendiri, tak leh nak kata lah...
DeleteMahal betul tu. Pandai2 menyimpan nak beli barang yang dia nak.
ReplyDeleteSalah satu habit yang ibu puji lah, nak beli something yang memang ibu cakap takkan beli, dia akan kumpul duit sendiri..
DeleteDalam adik beradik memang ada banyak perangai. Ada yang pandai cari duit, ada yang kemekut ada yang tak kisah demi adik beradik sanggup bersusah payah. Apa pun semuga adik beradik bersatu hati semuanya.
ReplyDeleteAamin YRA.. betul kak..dalam adik beradik macam² perangai nya...
Deletemy boys kdg2 beli jugak hotwheels ni esp limited edition
ReplyDeleteItulah..Linda ni tak tahu sangat..rasa sama je semuanya.. hahaha
DeleteMacam2 hobi anak2 kan....mana yg kita boleh berikan kita beri...moga membesar dengan baik budi pekertinya....
ReplyDeleteAamin YRA
Deletema'ai harganya. boleh beli one set ceramic pot RedChef.
ReplyDeleteKan...itulah...
DeleteBagus Abg Mu'az kumpul duit beli barang yang dia nak. Pandai Dadek negendeng².. dapatlah seketoi.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bagus tang ni, tapi sekarang ibu pening lagi..drama dia nak keluar asrama lagi..
DeleteHobi mahal abam muazz ni.
ReplyDeleteJanji kumpul duit sendiri..kalau ibu belanja, yang RM10 je..hihihi
Delete