Tuesday, March 3, 2026

.: ABANG MU'AZ DAN HOTWHEELS :.

Assalamualaikum.

Isnin. 16.02.2026 - lepas selesai dekat kedai TM Unifi ni, incikSuami tanya nak ke mana lagi.
abang Mu'az dari awal lagi dah ajak linda pergi Al Ikhlas Diecast Gerbang Malam , Ipoh, Perak.
abang Mu'az nak menambah koleksi hotwheels dia la tu.

sampai tak tahu nak pilih yang mana.
sembang la dua beradik tu.
abang Mueez, tengok je lah. sebab dia takd duit. hahaha

RM160 untuk 2 biji kereta.
ya Allah anak.

lepas tu rezeki pula boleh buat lucky draw.
maybe RM50 dapat sekali cabut.
sebab abang Mu'az boleh cabut sampai 3 kali.

hasil cabutan, dapat la 3 biji kereta, yang murah 2, yang pertengahan 1.
entah la, linda pun tak tahu beza kete2 ni.
kenapa ad yang mahal, ada yang murah.

nie la 2 ketul yang RM160 tu.
kereta yang warna biru tu, boleh buka bonet depan dia tu.
abang Mu'az guna duit yang dia kumpul dari orang2 yang bagi dekat dia. hahaha
selalunya, kakek dengan opah la bagi duit.
sedekah dengan cucu cucu.
dia simpan, takde ke mana.
adik-adik duduk rumah, kadang beli jajan dekat kedai. hahaha
kalau abang Mueez tu lagi lah, pantang ada duit.
mula lah dia beli itu ini. 

nie yang 3 biji dapat free cabutan bertuah tu.
dedek dapat 1 dah, berkat kenen dekat abang dia.
walaupun abang tu kadang2 stress je dengan adik tu.
tapi, kena cara, abang bagi je apa yang adik minta.

apa apa pun, semoga terus berkasih sayang sesama adik beradik.

till then, see ya.

24 comments:

  1. Tak berapa tahu pasal hotwheels, boleh tahan mahal jugak ya. Patutlah tengok orang siap rak display koleksi ni. Bukan biasa-biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mahal hingga ke murah..yang tahu je tahu kenapa dia mahal.. macam orang yang suka kumpul G-SHOCK lah...hihihi

      Delete
  2. Wow..Pricy jgk harnya sebiji kereta tu ye...Tp OK la sbb gun duit sndiri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..ada je yang harga cecah ratus² sebiji..ntahla, Linda pun tak tau kenapa..mungkin limited edition kot..

      Delete
  3. Mahal tu yg limited edition kot.. nk tgk koleksi dia yg lain jugak linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, barang abang Mu'az tak habis angkut lagi..dekat Selayang ni ada lagi..Kikiki..nanti kalau complete, boleh la share..

      Delete
  4. Mahal ye?. Mungkin padu kot.
    My son pun minat kumpul keta2 kecik ni, tp sejak dah besar ni mcm tak prasan plk kat bilik dia. 🤔 Jgn dia buang sudah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ad yang mahal..ada yang murah..tapi ,yang murah² tu dia tak pandang dah...hahaha..
      Anak sis dah sedekah dekat orang kot

      Delete
  5. Tengok dekat stesen minyak harga belas² ringgit pun rasa mahal ya amat dah hihi ... Tapi kalau dah minat tu, tak leh kata apa la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia guna duit kumpul sendiri, tak leh nak kata lah...

      Delete
  6. Mahal betul tu. Pandai2 menyimpan nak beli barang yang dia nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu habit yang ibu puji lah, nak beli something yang memang ibu cakap takkan beli, dia akan kumpul duit sendiri..

      Delete
  7. Dalam adik beradik memang ada banyak perangai. Ada yang pandai cari duit, ada yang kemekut ada yang tak kisah demi adik beradik sanggup bersusah payah. Apa pun semuga adik beradik bersatu hati semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA.. betul kak..dalam adik beradik macam² perangai nya...

      Delete
  8. my boys kdg2 beli jugak hotwheels ni esp limited edition

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..Linda ni tak tahu sangat..rasa sama je semuanya.. hahaha

      Delete
  9. Macam2 hobi anak2 kan....mana yg kita boleh berikan kita beri...moga membesar dengan baik budi pekertinya....

    ReplyDelete
  10. ma'ai harganya. boleh beli one set ceramic pot RedChef.

    ReplyDelete
  11. Bagus Abg Mu'az kumpul duit beli barang yang dia nak. Pandai Dadek negendeng².. dapatlah seketoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. bagus tang ni, tapi sekarang ibu pening lagi..drama dia nak keluar asrama lagi..

      Delete
  12. Replies
    1. Janji kumpul duit sendiri..kalau ibu belanja, yang RM10 je..hihihi

      Delete