Assalamualaikum.
Jumaat, 30.01.2026 - hari ni, perjalanan Linda ke Terminal Bandar Selatan(TBS).
Terlambat beli tiket ketapi, sudah sold out.
Makanya naik bas la kita.
Rasanya dah 3 tahun tak ke TBS ni.
Lepas habis kerja pukul 5petang, bersiap dulu, kemudian jalan kaki menunggu bas ke MRT Metro Prima.
Naik MRT Line Putrajaya Sentral, berhenti di Sg Besi, tukar naik LRT Line Sentul Timur, berhenti di TBS.
Perjalanan ambil masa hampir 2jam dengan tempoh menunggu bas dan MRT.
Sampai di TBS 7.20petang.
Bas pukul 9.30petang.
Selesaikan apa yang penting, makan di kedai Nasi Kukus, sambil tanya staff kedai dekat mana ada tempat cas telefon.
Bateri tinggal 37%, risau tak bertahan sehingga waktu nak sampai ke Tronoh.
Phone charging booth.
Rate RM6 sejam.
Ikut je step dia, macam locker berkunci dekat waterpark.
Sambil menunggu, duduk², pusing²..
Bila nak ambil semula, eh kena beratur sebab depan tu ada orang.
Sampai turn Linda, masukkan password semua, nak buka locker.
Sekali keluar dekat skrin tu "tempoh cas dah terlebih 2min, kena bayar dulu RM6 baru boleh buka locker"
Ya ampun, terasa macam kena scam pula..hahaha..
RM12 sekali kena untuk cas telefon.
Lepas ni, kalau nak guna lagi memang kena beringat lah.. hahaha.
Pengalaman betul.
Bas tepat sampai 9.30malam, berhenti Hentian Duta sekali.
Lepas tu terus keluar ke highway.
Sampai Seri Iskandar pukul 2pagi.
Bas teruskan perjalanan ke Manjung, Lumut dan Teluk Intan.
Naik ketapi 9.30-12tgh malam.
Naik bas 9.30-2pagi.
Fuhh, memang lepas ni kena beli tiket ketapi awal² lah.
Till then, see ya.

Ooo naik ketapi awal sampainya ye.
ReplyDeleteBetul kak Amie..terhindar kesesakan kereta..berhenti pun tiada, kecuali turunkan penumpang
DeleteLagi cepat naik train ye. Ingatkan macam bas lagi laju. Kena beli awal2 la bila dah tau date nak balik tu.
ReplyDeleteNaik train cepat..takde berhenti² dah..berhenti pun turunkan penumpang je,lepas tu tak hadap jam..hihihi
DeleteHehe terlewat 2 minit kena caj tambahan.
ReplyDeleteItulah kak NA.. silap percaturan..hihihi
DeleteTak apa kita ikhlaskan..Phoen tak ada cas susah juga kan..nak hubung family macaman kan..
ReplyDeleteBetul tu cikgu .lepas ni tahu dah la cara menggunakannya
DeleteLepas ni kena cas hp penuh. Atau power bank.
ReplyDeleteKat KLIA Jeddah, weols nunggu sblh tower cas hp, kak tgk ada bermacam jenis kabel dan lubang cas. hahaa~
Tidaklah kak try, hp kak memang always fully battery.
Hahaha..cas juga..tapi, tak dan nak full battery...Powerbank pun dekat husband..menjak² jarang travel, memang takde dah Powerbank...
Deletealahai..kena ingat la lepas ni x leh lebih masa untuk caj hp...mak oiii lagi lambat bas dari ketapi ye...lepas ni beli awal2 tiket tu Linda
ReplyDeleteBas nak hadap jem lagi..hihi..ketapi takde jem dah.. itulah, baru pertama kali naik EtS ni..lepas ni, kena beringat.. tapi, tiket raya dah beli..kikiki
DeleteKalau naik ETS confirm ada charging port. Bas pulak tak semua sediakan. Dah kena beli PB tu Linda.
ReplyDeleteHihi...itulah, dah lama tak naik public transport.. memang tak pandang dah PB..
Deleteadoi..lebih dua minit terus jadi double ke .haha..ingatkan cas lebih rm2 ok la lagi
ReplyDeleteHahaha..dia fixed rate dah kak..kiranya, boleh sambung lagi sampai sejam..hihihi
Delete