Sunday, January 11, 2026

.: PERJALANAN KE BATU GAJAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 09.01.2026 - bermula lah perjalanan pJj kita.. thumbprint awal 4.30petang.
Jalan kaki tunggu bas dekat sebelah hospital.

Pemandangan petang.

Dalam 10min bas pun sampai.
Owh laluan ke Metro Prima dari hosp Selayang, naik bas perantaraan MRT no 114 ye.
Caj max RM3, nanti sampai tempat di tuju, baru tahu harga sebenar.
Macam Linda hari tu kena RM1 je..
Kena guna touch N go atau app diorang je untuk bayaran.
Eh, kalau naik train MRT pun boleh la guna TnG kan? 
Linda dok beli coins tu je..penat lah pula.

Sampai Stesen Metro Prima, betul² depan AEON Kepong.
Pukul 5 petang dah sampai.

Tunggu train sampai pula.
Macam dah 2tahun tak naik train ulang alik Gini.

Ikut laluan Kwasa Damansara, untuk turun dekat Sungai Buloh.
Linda naik ETS dekat Sungai Buloh.

Sampai Sungai Buloh dalam 5.20 petang.

Pergi tengok kaunter KTM pula.
Awal lagi, tiket KTM Linda dah beli 10.30malam.
Tanya lah kaunter kot² ada extra last minit.
Takde weyh.
Emm, moh Ler kita naik train semula.
Lepak² dekat Aeon dulu la.
Kill the time orang kata.
Sebab dekat KTM tu takde apa pun, nak masuk pun tak boleh.
Katanya sejam awal je baru boleh masuk.

Jadi meh la kita makan² dulu dekat Aeon.
Nasi putih paprik + Cham ais.

Siap² solat jamak maghrib dengan Isyak.
Dalam pukul 8malam kita naik train semula.
Belum 8.30 dah sampai Sungai Buloh.
Melenggung la sampai 10.30malam, nak tunggu ETS.

Sambil² tu snap yang ni sekali.

Alhamdulillah, akhirnya.. sampai juga train yang ditunggu.
Memang full lah dalam train ye..
Tepat 12.30 tengah malam, sampai stesen Baru Gajah.
Memang betul² on time.

Dah tahu pengajarannya, lepas ni boleh dah ambil tiket train pukul 6.50 @ 7.50 petang.
Yang tu je tiket yang ada lepas waktu pejabat berhenti dekat Batu Gajah.

Alhamdullillah, atas pelajaran hari jumaat.
Itulah orang kata, selagi hidup..kita sentiasa belajar.
Moga yang baik² untuk ke depannya..aamin.

Till then, see ya.

6 comments:

  1. Kalau Cuya ni boleh sesat. Tak reti nak naik KTM. Hoho

    ReplyDelete
  2. Kiranya nanti setiap Jumaat la Linda balik Tronoh. Ada train ok la jimat sikit. Kalau PJJ naik kereta besar belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..takde lah tiap jumaat juga..tengok ongkos nya...😂😂

      Delete
  3. Bentuk tren itu seakan-akan sama seperti LRT di Indonesia ya. Aduh, saya jadi teringin pula nak cuba naik tren di sana, hehe.

    ReplyDelete
  4. moga2 dipermudahkan segala urusan linda...jauh jugak tu wpun naik train

    ReplyDelete