Assalamualaikum.
masa nak kemas barang dekat rumah kuarters Hosp Selayang tu.
ada terfikir nak letgo barang2..
sebab malas nak banyak2 barang dekat Tronoh.
tapi, fikir2, takde la barang besar2 pun dekat kuarters tu.
yang ada peti sejuk 1 pintu, mesin basuh manual(linda bawa ke asrama), kabinet dapur yang kecik.
lain2 semua rak2 yang pasang siap..
so, buka dulu, nanti incikSuami tau la nak letak kat mana.
jadi, kami pun angkut lah semua barang yang ada, tanpa dijual.
peti sejuk 2 pintu - memang dari awal kahwin, guna dekat Melaka.
peti sejuk 1 pintu - beli masa duduk kat Selayang.
jauh beza juga bila letak bersebelahan.
nak dijadikan cerita, yang linda balik Tronoh hari tu.
peti sejuk besar tu, elok je function.
tiba-tiba, abang Mueez kabo, peti sejuk besar tu tak sejuk.
eh, terkejut la, sebab baru je buka peti tu simpan lauk basah, elok je sejuk.
tengok semula, betul la tak sejuk.
aikk...memang cukup haul ke apa.. yelah dah 14tahun kahwin, belinya dari incikSuami bujang lagi.
plus minus ada lah 17-18 tahun kot umur peti sejuk besar tu.
nasib baik la tak jadi jual peti sejuk kecik tu.
rupanya peti sejuk besar nak rosak.
ada la peti sejuk spare, buat simpan2 lauk basah.
mujur sangat.
incikSuami kata nak cari orang repair peti sejuk.
tengokkan dulu, kalau modal kecik. repair je lah.
kalau modal kasar, kena kumpul duit lain la jawabnya.
sabar jelah.
duit pencen dah habis dah peti sejuk oii..
hahaha.
till then, see ya.

Biasalah mcm tu, kalau kita br je nk cakap nk let go sst, terus ada problem... selalunya keretalah mcm tu... dia mcm faham pulak apa yg kita bualkan.. hihi
ReplyDeletetapi yang kita nak letgo tu peti ais kecik.. hahaha...sebab malas nak bawa pindah... yang merajuk, peti ais besar pula..
DeleteSemoga akak ada rezeki lebih utk beli peti ais baru. Teringt ina naim yg suami dia ustaz tu, peti ais kt rumah pon tkde
ReplyDeleteZaman anak kecik, memang takde peti ais dekat rumah
DeleteDia mintak tukar peti ais yang lagi besar tu Linda...hehehee
ReplyDeleteRumah comel je nak beli yang besar²..hihihi
Deleteha..nasib baik x letgo lagi..
ReplyDeleteada hikmah tu, klu tidak modal besar beli peti ais baru tu..
Itulah..rezeki tak let go juga..
Deletedia merajuk kot tu heheheh
ReplyDeleteHahaha..jgn lah begitu..kita masih nak guna dia..
DeleteKesian peti ais besar. Dah tua dah dia. Sudah lama berbakti. Kalau boleh repair, repair ler.
ReplyDeleteItulah..tunggu yang pakar menilai dia dulu..husband cakap ada perkhidmatan repair peti ais yang boleh datang ke rumah untuk tengok dulu..
DeleteNak peti baru tu kot. Sampai dah masanya tu agaknya.
ReplyDeleteHihi..nanti lah dulu..biarlah dia berkhidmat lagi...
Deletenasib baik tak buang peti ais yg lama tu. kalau tak, pening mikir mana nak letak bahan2 basah tu.
ReplyDeletealang2 tu terus beli baru jee hehe
Hahaha..nanti la..tengok dulu apa rosak...
DeleteLama bakti peti sejuk besar. Harap dapat dibaiki.
ReplyDeleteMujur ada peti ais kecil jadi penyelamat :)
ReplyDeleteBagus juga ada dua kan? Selamat!
ReplyDelete