Assalamualaikum.
Sambungan aktiviti hari anniversary yang ke 14 hari tu.
Lepas dah menapak naik tangga tu, sampai lah tempat yang dituju.
TGV Cinema AEON Kepong.
Tengok cerita apa?
Haruslah Papa Zola "Musuh Kejahatan, Kekasih Kebenaran"
Bukan anak² je eksaited nak tengok, Linda pun sama juga.
Sebab memang melayan series Boboboy dengan Ejen Ali.
Eh, ada orang candid gambar kita la masa beli dekat kaunter.
Collect dan tambah combo popcorn lagi.
Buat kenangan.
Dari sebelah Linda, Kachax, PapaZola, Mama Zila dengan YonB.
Avatar baru. Fire and Ash.
Cerita Avatar ni, memang follow dari mula² keluar wayang.
(Saat entri ni ditulis, Linda dah tengok pun Avatar ni. Memang terbaik).
Rasanya ramai je dah review cerita Papa Zola ni..
Kalau siapa yang follow series Boboboy, dapat la bayangan kenapa diorang dalam dunia simulasi.
Dalam series pun ada selit² juga pasal Mama Zila jadi raksasa dalam dunia game.
Bila sampai scene pasal bapa dan anak je, confirm sedih.. meleleh ayor mata ni juga.
Tapi, Cimubot tu comel lah.. geram betul.
Tapi, memang plot twist la.
Ingat Kachax yang jahat, rupanya YonB yang terpengaruh dengan nafsu sendiri.
Apa apa pun.. Papa Zola best.
Tak sabar nak tunggu BoboBoy the Movie 3 pula.. mungkin hujung tahun 2026.
Jom support gais.
Till then, see ya.




Selamat menonton filem di pawagam
ReplyDelete