Friday, November 14, 2025

.: ZIKIR SELEPAS SOLAT :.

 Assalamualaikum.

Umum tahu, membaca zikir selepas solat adalah amalam sunnah yang dianjurkan, seperti membaca "Subhanallah""Alhamdulillah" dan "Allahuakbar". Masing-masing 33 kali dan diikuti dengan bacaan tahlil terakhir untuk melengkapkan 100 zikir. Amalan ini membantu menghapuskan dosa-dosa kecil dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

sahaja linda kongsikan untuk peringatan diri sendiri juga.
yang selalunya, nak cepat je lepas solat tu.

Zikir utama selepas solat:
  • Bacaan tasbih, tahmid, dan takbir: Baca "Subhanallah" (سُبْحَانَ اللهِ), "Alhamdulillah" (اَلْحـَمْدُ لِلهِ), dan "Allahu Akbar" (اَللهُ أَكْبَرُ) masing-masing sebanyak 33 kali.
  • Bacaan tahlil: Sempurnakan bacaan dengan satu kali tahlil: لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.


Untuk peringatan diri sendiri juga, jangan cepat sangat nak bangun lepas habis solat tu.

till then, see ya. 


30 comments:

  1. jika solat berjemaah, sy pastikan tunggu sampai imam habis doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau solat berjemaah, memang selalunya akan tunggu sampai selesai doa.

      Delete
  2. kalau solat bersendirian, selalunya akan amek lebih kurang 5 or 10 min lepas doa, zikir sebanyak yg boleh... lupakan seketika hal kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bagus Nieyl..Linda selalu nya time maghrib je lah..lama sikit

      Delete
  3. Rasa macam tak lengkap solat kalau tak berzikir dan berdoa kan. Terima kasih share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis fiza, tapi tulah.. manusia biasa kan..

      Delete
  4. terima kasih perkongsian yang baik dan bermanfaat.. moga ia sentiasa menjadi amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²... InsyaAlla, moga menjadi amalan kita seharian..

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsiannya. In sya Allah semoga kita sama-sama dapat mengamalkan semua amalan ini selepas solat

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus, Linda. Selain zikir, boleh juga baca Al-Fatihah dan ayat Qursi lepas habis solat, sebelum berdoa.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsiannya :D

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share.. jom kita amalkan sama².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama².. insyaAllah..mudahan jadi amalan seharian..

      Delete
  9. Doakan Syasya sentiasa istiqomah. Usai solat selalunya rasa nak cepat2 je kan? isk isk isk bila Syasya nak bertenang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..sama² kita istiqamah..seketul Linda pun sama..lagi² kalau solat zohor time lunch hour dekat pejabat..

      Delete
  10. Aamiin.. Terima kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
  11. Tq Linda, biasanya lepas solat kat surau office akak amik masa 5 min baca zikir, x boleh lama- lama macam kat rumah sebab kerja kan...kena give and take ngan kawan- kawan

    ReplyDelete
  12. Tx sharingnya kak. Memang hrs dibiasakan utk duduk dulu berzikir selepas sholat

    ReplyDelete