Sunday, November 2, 2025

.: TEBUS SARA :.

Assalamualaikum.

Maka ini, selesai lah pemberian SARA kami suami isteri.
Linda dah selesai beli masa balik Tronoh cuti sekolah bulan 9 hari tu.

Jumaat lepas, baru beli barang² dapur.
Jadi incikSuami decide lah untuk habiskan SARA.. berbaki RM84.40.

Cashier tu yang tolong pilihkan barang² untuk cukupkan nilai tu.

Jadi, dalam gambar nie lah barang² nya.
Kena tambah lagi 80sen.

Tapi, bukan nie je yang kami shopping.
Ada lagi yang lain, yang dibayar lain.
Yang bayar lain tu pun RM200 lebih gitu.
Memang perbelanjaan bulanan kami dalam RM400 lebih juga lah.
Untuk yang kering² dan tahan lama.
Untuk bahan basah, memang peruntukan RM100 seminggu.
Gitu.

Alhamdulillah, atas nikmat yang diberikan.

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Kami punya suami isteri masih belum guna, dah masuk November ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..cepat guna kak..kalau rasa banyak sangat utk stok berdua.. boleh kot beli dan sedekah dekat siapa²...

      Delete
  2. Alhamdulilah....dapat kita jimat dengan sara ni.....akak punya baki sikit lagi. Lain2 dah habis redeem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dah selesai kami punya suami isteri..BUDI je Linda tak guna..sebab tak bawa kereta..hihihi

      Delete
  3. Alhamdulillah..Selesai dah guna...=D

    ReplyDelete
  4. Kita punya tak guna lagi. Baik ya cashier tu tolong pilihkan barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...linda cakap nak guna SARA, tapi tak igt dah mana satu barang2 nya...dia cakap, takpe kak, saya tengok baki dulu, nanti saya cukupkan ikut baki ye.

      Delete
  5. Kak ana ada baki RM4 lebih lagi haha! Lain selesai dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM4 boleh beli roti gardenia yang jumbo tu sebungkus.. hihihi

      Delete
  6. Akk ada dlm RM50 lagi. Nak kena perabih sblm habis tahun ni kan...

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada RM50...sayang betui nak guna..sebab payah nak dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. memang payah nak dapat, tapi..tak boleh dapat cash pun kalau tak guna...better guna.. kikiki

      Delete
  8. akak masih ada baki lg..husband dh abis tebus aritu

    ReplyDelete
  9. masih berbaki rm80+ nak guna pun terkial sbb x tau barang apa yg boleh. huhu mujur akak cashier bantu bgtau brg apa yg boleh dibyr guna sara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya beras, minyak, barang² kering, sabun².. yang tu boleh guna SARA

      Delete
  10. I punya blom guna lagi. Hubby punya dah. Nak kena perabih nampaknya ni sebelum balik sana. Kang expired plak. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah laku sampai 31 Disember...lepas tu takde dah..hihihi

      Delete
  11. Bagusnya kalau dapat begini 😄👍. Indonesia rasanya tak mungkin. Jumlah penduduknya terlalu buanyaaaak sangaaat,. Bangkrut nanti pemerintah kalo masing2 dapat 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selagi kerajaan boleh bagi..kita ambil..malah yang gaji nya lebih tu, sudah di potong cukainya..

      Delete
  12. Cie dah lama selesai. Rasa rindu pulak SARA 😆

    ReplyDelete
  13. akak punya ada baki rm2 kut. tak tahu le boleh beli apa ni

    ReplyDelete
  14. mine dh licin guna. mr hubby punya ada lagi dp rm30 kot.nak kena pinjam ic dia laaa nak beli beras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..boleh tu..dapat beras 10kg..kalau jenis biasa .

      Delete