Friday, November 14, 2025

.: HIJAU, TAPI LAIN :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hampir siap..
Tinggal lagi 4 kuntum bunga, sekali daun tak cukup pula.
Memang dah order yang lain, tengah tunggu sampai.

Sampai juga selepas 4 hari buat pesanan.
Besar kali ni, sebab dah tahu perlukan berapa banyak.
Terus je beli semua.

Ada warna hijau, ungu dan putih.
Next nak buat bunga warna ungu pula.
Kakak angkat last minit beritahu nak buat majlis kahwin.
Kena pulun lah. Nak buat juga untuk kak Husna.

Tapiiii... Kannan...

Warna hijau nya tak sama 🥹🥹

Sehingga entry ini dibuat, Linda dah pergi Eco, dah pergi Mr DIY.
Takde warna hijau gelap macam tu.
Kena bagi diskaun dekat bakal pengantin macam ni.
Sebab warna daun tak sama semua.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. Alamak, cerah sikit warna yang baru ni. Kenalah juga bagi diskaun kan sebab tak sama. Harap penerima terima lah. Cantiknya bunga kawat warna maroon ni. Kemas je Linda buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kena bagi diskaun sikit..gitu lah risiko, kalau tak cukup..beli lain, memang lari warna selalunya...

      Delete
  2. harap pengantin tak kisah sgt hijau kureng kehijauanannyer., huhu

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh cantik betul gubahan bunga telurnya. Semoga tona warna hijau yang berbeza menambah keunikan bunga telur yang dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak..
      Takat 3 batang, tak perasan sebenarnya..tapi nak ambil duit orang, kena terang juga lah.. tak nak customer rasa tertipu

      Delete
  4. Dah pergi kat Yun Yun? Kat Taman Samudera, Manjung. Tapi biasanya, pokok-pokok kat luar tu, daun memang tak sama warna. Ada daun muda, daun tua. Kalau akak, ok je terima lain tone hijaunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jauh beno kak Taman Samudera dengan Selayang ni kak.. itulah, kalau Linda ok je..tapi, orang punya kan..

      Delete
  5. Realitinya warna daun sepokok memang tak sama.
    Ada daun muda, ada daun tua ada daun kering.

    ReplyDelete
  6. tak sama tapi tak ketara sgt tu...masih kategori hijau ;)

    ReplyDelete
  7. Harap pengantin ok je... Sebab kadang kadang bukan daun warna pun dalam satu pohon tu.. Ada yg hijau tua ada yang hijau muda..

    ReplyDelete
  8. dalam himpunan daun hijau bolah lah letak sehelai dua warna kuning, coklat ke.. daun nak layu dah bagtau kat pengantin hehe..gurau je ye..

    ReplyDelete
  9. alamak daun dia hijau cerah sikit pulakk. tapi tinggal 4 batang jekan tak cukup dun tu. sapa yg dapat daun hijau cerah tu kira special haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lagi 4 kuntum je.. betullah ,yg dapat tu..special la sikit

      Delete
  10. Kalau uncle nampak sama je hijau tu.... "Ku lihat hijau"

    ReplyDelete
  11. Walau pun dah comey, kena tawarkan diskaun utk menjaga reputasi. Wah!. Gitchew.
    Ini utk keuntungan & kepercayaan jangka pjg.

    ReplyDelete
  12. Mungkin bila dah siap akan lebih menyerlah sebab ada tone colour. Cuma customer comes first lah kan.. kalau dia terima perbezaannya, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena explain lah nanti..dan kasi diskaun.. nak cari tak dan dah..next week nak hanto

      Delete
  13. Alamak...Tp ok jgk..Colorful daunnya =)

    ReplyDelete
  14. Semoga customer okey with it.
    If me, suka ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, customer ok je..tapi, still kena inform kan..kasik la diskaun sikit..

      Delete
  15. Hijaunya tak sama ya.. Tu lah masalah kadang bila beli online ni..
    Harapnya pengantin okaylah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu...tapi, kat online boleh beli banyak..senang

      Delete
  16. Waah dah habis stok yg warna hijau gelap tuh ya kak? Tp sbnrnya cantik juga warna hijau yg baru. Kalo bagi saya sebagai customer, tak ada masalah beda sikit. Toh warna Daun memang tak selalu sama 😄.

    Tapi kdg beda orang, beda berpikirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...lawa juga kalau selang seli...ada yang suka mix..ada yang suka senada.

      Delete