Assalamualaikum.
27 Oktober - Occupational Therapy Day.
Tapi, dekat Hosp dah sambut hari nie,ada pelbagai reruai yang disediakan.
Yang paling menarik minat tu, tentulah yang menjual makanan.
Sambil-sambil tu, ada tempat untuk photobooth untuk ambil gambar sebagai kenangan.
Satu dengan kak Zu.
Lawa nya, buat photobooth pengantin pun lawa nie.
Warna purple tu memang menarik perhatian.
Ada cermin.
Jom lah kita wefie.
Hari nie, pakai tudung tak matching² plak ngan uniform.
Dah jemu pula asyik pakai yang senada je.kikiki.
Antara makanan yang dibeli.
Tapai ubi, sedap makan sejuk².
Just nice je, tak manis sangat.
Ubi pun lembut.
Tapai pulut, sedap juga.
Tapi, agak manis. Memang tak boleh sekali ngap lah.
Simpan dalam peti, makan esok pula.
Eh, nie bekal bawa dari rumah.
Maggi goreng, masak pagi.
Bawa bekal makan untuk lunch.
Alhamdulillah.
Petang ada seminar juga, nanti Linda share lain.
Tak sempat nak edit gambar.
Di kesempatan ini, jangan berhenti berdoa untuk delegasi GSF kita.
Mereka telah memasuki zon merah, lagi sedikit untuk sampai ke Gaza.
Semoga setiap detik dilindungi oleh Allah, selamat sampai ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing²..aamin.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Till then, see ya.
Wahhh..best ni ada event gini..
ReplyDeleteSelalu ada event jual² dekat Hosp nie...sebab macam² hari nak disambutnya .kikiki
Deletetapai ubi saya suka makan dengan santan .. terutama lepas keluar ice box
ReplyDeleteTak pernah lagi nampak makan dengan santan nie
DeleteDoa untuk Gaza, last entry ,ya Allah doa yang sama , semoga misi kemanusian itu selamat sampai dan kembali ke Malaysia dengan selamat..aamiin
ReplyDeleteAamin..
DeletePagi nie dengar berita dah ada yang ditahan, Allahuakbar...sebak ,luluh hati..semoga yang baik² saja untuk mereka dan delegasi yang lain.
Akan klik lagi bila ada kelapangan masa yang benar2 memihak kepada saya ya..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, dah sudi singgah sini
DeleteOh sambut awal. Lipis ni taktau la takde dengar apa2 sambutan.
ReplyDeleteMungkin banyak lagi aktiviti kot..sebab nak tempat Audi tu..Audi ada 1 je, memang fully booked je lah selalunya..
DeleteAllahul musta'an utk GSF... sedey baca psl ramai yg kena tangkap dgn zionis tu
ReplyDeleteBangun pagi terus capai telefon...tengok² berita..sebak nya.. Allahuakbar...semoga sentiasa dalam lindungan Allah...aamin
DeleteCantik dekor photobooth tu 😍
ReplyDeleteitulah...lawa betul, macam nak terima menantu
DeleteKat sini dah sambut juga tapi tak naik lobby. Tak nampak apa yang ada kat lobby tu.
ReplyDeletekena g serang lobi nie
DeleteSaya suka tapai ubi, tapi susah nak dapat..
ReplyDeletebetul...susah nak jumpa tapai ubi yang sedap...selalu kalau balik kampung, di Sabak Bernam senang lah nak jumpa
Deletecutenya deco photobooth tu. macam ada birthday partyy
ReplyDeleteLawa sangat..
Deletewahhh siap ada photobooth lg
ReplyDeletemmg betul2 terapi ni ;-)
Itulah...lawa kan
DeleteAamiin... Aamiin YRA.
ReplyDeleteSedap tapai ubi. Kalau tapai pulut memang biasanya manis. Cantiklah raginya tu.
Tapi, tapai Sarimah tak manis sangat...Kikiki..
DeleteTapai pulut 😍😍😍😍. Saya kalau makan ini wajib dengan pulut bakar atau ketupat santan. Baru ngam 🤭😁
ReplyDeleteWah..tak pernah pula di makan begitu .selalunya dalam cendol je
DeleteAaaa.comelnyaaa photobooth tu
ReplyDeleteItulah..warna pun comel dooh
Delete