Monday, October 13, 2025

.: GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI :.

Assalamualaikum..

dok jalan-jalan dari rumah ke rumah tadi.
terjumpa GA from blogger Mek Yuhhh

-tekan gambar ya-

bagi linda, bebrlog nie macam salah satu terapi juga.
boleh release tension, linda perasan komuniti blogger nie sangat support each other.
walaupun semua kenal di alam maya.
tapi, pernah terbaca dekat blog Miss Mirror, "my blog isn't private,but my life is...you don't know me,  you just know my blog"

yang nie pun betul juga, tapi, linda tahu, semua blogger baik2 belaka.
insya-Allah, menulis sekadar membuat jiwa lebih tenang.
merasakan segala masalah dapat diluah, dan bila tak serabut sangat, kita boleh jumpa jalan penyelesaiannya.

menulis ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan.
tapi, menulis pun perlu berpada-pada.
agaknya, sebab tulah linda menulis semula.
eh, panjang pula luahan perasaan kan..hihihi.

macam biasa, linda share sini.

 Cara penyertaan:

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW saya tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

mari ramai-ramai memeriah kan GA Mek Yuhh kita.

till then, see ya.

 

30 comments:

  1. saya suka baca content yg linda tulis tuu ;) agreed sgt! our blog is public but our life is of course lah private! kita pun bukan influencer or celebrity kan heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MZ... terharu kita..
      betul, bukan nya artis orang nak stalk2 nie.. hihihi

      Delete
  2. Dolu2 punya blogger meriah masa tu blogdrive femes Tapi kami dalam circle suka membaca novel dan suka sokong penulis novel. Jadi bila penulis yang menulis sekerat2 dalam blog siap menjadi novel dan jual di pesta buku apa lagi kita orang ramai2 pergi booth jualan, Masa tu lah baru kenal penulis dan nama glemer dalam blog. Silaturahim kami merangkumi asean sebab ada yang dari brunei, singapura dan Indonesia. Alhamdulillah ukhawah kami masih berterusan sampai sekarang cuma jarang dapat bertentang mata je. Semuga ada rezeki nanti jumpa linda. Mana tahu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah tu...dari alam maya ke realiti...macam cinta mukabuku pula..hihihi...insya-Allah, mana tahu ada rezeki dapat jumpa kak Notie nanti

      Delete
  3. Semoga berjaya. Ya dunia blog ini tenang sedikit.

    ReplyDelete
  4. menarik..leh join ni.. support kengkawan blogger kan
    good luck dear!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..memeriahkan majlis..yang simple² kita join..kalau yang berat²...tak reti juga nanti...
      Terima kasih MA

      Delete
  5. Tersedak2 kita. Rupa-rupanya ada org sebut2. Thanks Linda.

    Betul tu.. blog utk release tensen, tapi dlm masa yg sama.. masih dlm limit tertentu. Tidak la semuanya dpt diceritakan. Tapi sejujurnya komuniti blogger mmg best, jarang buat I stress. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak tercekik..kikiki
      Betul, masih ada limitation menulis.. Alhamdulillah, dari 1st blog, memang tak mengecewakan tulis blog nie..

      Delete
  6. All the best Linda!
    Nanti Akk cuba join, boleh tambah kawan sbb belum kenal lagi dgn blogger Mek Yuhhh ni.
    Bagi Akk apa yg dipapar dlm blog ni takdelah melambangkan keseluruhan hidup kita. Privacy tetap priority #1 .

    ReplyDelete
  7. Kena simpan juga privacy kita kan.....

    ReplyDelete
  8. Tulis blog berpada-pada.. tu yang kadang dah publish pun boleh masuk balik dalam Draft.

    ReplyDelete
  9. Semoga berjaya dan dpt tarik pageview

    ReplyDelete
  10. Goodluck .. ada masa CCL nk join juga laa .. betul kadang menulis dalam blog ni pun satu bentuk terapi

    ReplyDelete
  11. Semoga berjaya ... betul tu paling best menulis blog dpt hilangkan stress.. somehow org kenal di blog bukan pd kehidupan realiti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess...hilang stress, kdg² melawat blog kawan² boleh ketawa pula baca entry lawak..
      Realiti nya berbeza...adakah kita pun fake? Hahaha

      Delete