Monday, July 7, 2025

.: POSKAD DARI BLOGGER NA :.

Assalamualaikum.

kalau ada yang perasan blogger NA pernah up entry mengenai poskad yang nak di berikan kepada siapa yang mahu.
linda pun salah seorang yang mengirim e-mel pada kak NA untuk minta sekeping poskad juga.
linda memang sentimental sikit, suka kumpul setem, suka something yang fizikal.
sebab tu photobook belambak lambak. hihihi.

kak NA e-mel Linda awal bulan 6, beritahu poskad sudah dipos.
Tunggu punya tunggu, tak sampai pun.
Tiba-tiba, tengok blogger Tot plak up entry dah dapat poskad nya dekat sinie.
Lagilah Linda sedih, sebab member ada pernah pos surat, tapi tak sampai.
Risau sebenarnya.
Tapi, surat kak M yg tawaran tahun 1 dulu, sampai je dekat peti surat bawah rumah tu.
Siap e-mel semula kak NA, minta maaf awal-awal kalau poskad tak sampai.

Sekali, sebelum cuti awal Muharram hari tu, dedek bawak naik.
Dedek cakap ada surat untuk ibu.

Nie lah poskad yang Linda dapat.
Gambar kesan tapak kaki Rasulullah.

Sape Linda minta kak NA buat coretan sikit.
Setem nie boleh lah simpan.
Lama betul tak dapat surat dan setem.

Dulu, masa zaman sek rendah, suka tulis surat berkenalan.
Kan dalam majalah-majalah ada segmen yg ada gambar dan biodata.
Dari situ,Linda pilih la yg mana berkenan..

Alhamdulillah, masih ada sorang sahabat pena yang kekal bersahabat hingga sekarang.
Ibarat kakak Linda lah, bakal kak ipaq tak jadi juga.
Tapi, ok je..Linda dengan dia masih bersahabat seperti biasa.
Namanya kak Husna, cumanya sekarang nie bertanya khabar melalui wasap je lah.
Nak jumpa susah betul. Hihihi.

Yang penting, syukur sangat-sangat, poskad tu masih direzekikan untuk Linda, walaupun hampir sebulan dia mencari jalan nak sampai ke rumah Linda.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. Wahhhh rezeki tu... Gambar tapak kaki Rasulullah... Koleksi mahal tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat tengok sendiri,dpt poskad pun seronok dah.

      Delete
  2. Masya-Allah, cantiknya, gambar kesan tapak kaki Rasulullah SAW. Alhamdulillah, kalau dah rejeki, tak ke mana.
    Wah, suka tulis surat juga ye, Linda ni dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..dah namanya rezeki..sampai juga, Alhamdulillah..
      Suka kumpul setem,tu yg suka tulis surat

      Delete
  3. Alhamdulillah, rezeki tu, sampai jugak poskadnya.

    ReplyDelete
  4. Ada lagi ek poskad zaman sekarang. Setem tu Cie dulu pernah jadi pengumpul stem siap ada album lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi...cuma tak kurang...
      sama, linda pun banyak album dulu...kalau cari sekarang, ada kot kt kampung

      Delete
  5. unik poskadnya ..lakaran tapak kaki rasullah swt

    ReplyDelete
  6. Wahhh...Nice..Sy pun duk kumpul setem dari surat2 by post yg sampai dkt ofis ni ...Tp manjority setem dalam m'sia aje la... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat yang ada tema2 nie syok lah...kadang2 dok tengok dekat laman web pejabat pos...

      Delete
  7. Suka-suka, jom kita exchange handmade art? hehe...
    kita pun ada sahabat pena berkawan sampai sekarang from darjah 6, dia hantar surat sebab nampak puisi kita hantar dalam majalah guna alamat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...linda dah takde handmade art kak Cha...ada munge telur je... hihihi...
      alhamdulillah, rezeki tu tak putus sahabat

      Delete
  8. menggamit memori sgt bila benda2 poskad, setem dan snail post ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah sampai akhirnya.

    ReplyDelete
  10. Lamanya juga tak dapat poskad camni la. Masa kecik2 ya pernah dapat kad raya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya dalam tempoh 7 hari dah boleh sampai kot..dekat hosp, tak tau lah kenapa lama sangat nak sampai..masa zaman dulu meriah semua nie.sekarang semua dah digital je.

      Delete
  11. Alhamdulillah akhirnya yang ditunggu selamat mendarat. Hati berbunga-bunga dapat poskad dan dapat kumpul setem.

    ReplyDelete
  12. Baca tulisan ini, saya jadi teringat masa duduk di sekolah menengah pertama, suka juga berkirim surat ke sahabat yang dikenal lewat majalah remaja. Sahabat pena...

    Kalau tentang prangko (Mbak sebut nya "setem") saya pernah kumpulkan dan disimpan dalam stamp album...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..prangko namanya ..
      Ya,waktu itu emang surat menyurat saja yang popular..

      Delete
  13. Dulu kat blog pernah beberapa kali dapat poskad dri kawan2 blogger yg belajar overseas, sampai sekarang saya simpan lagi

    Sejak tu saya suka sgt poscard n kadang2 time raya selalu bagi poskad kt kawan2. Paling rare saya pernah bagi poskad yg dikirim daripada gunung kinabalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. seronok bila dapat poskad NIE..terus teringat cerita goblin pula..dia dapat surat yang dia pos sendiri masa jalan dengan goblin dekat luar negara tu.

      Delete
  14. Lama x dapat poskad...bestnya...teringat masa zaman remaja suka tulis2 surat utk sahabat pena...pernah gak dapat poskad

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang zaman dulu2 itu je hiburna kita kan kak...hihihi

      Delete
  15. wowwww.... lejen tu ada sahabat pena.
    Sekarang bersambung jadi sahabat whatsapp pula. Mana² medium pun bagus untuk mengukuhkan silaturrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...sekarang semua wasap je...nak jumpa susah,masing² ada komitmen kan

      Delete
  16. Punya saya sampai saat ini blm DTG jugaaa 😭😭😭. Memang tak berharap, Krn beberapa kali kirim poskad buat diri sendiri dari LN, tak pernah sampai. Atau pernah sampai tapi 3-6 bulan kemudian. Tak tahulah salah di mana.

    Tapi pernah aps saya dan teman2 ke Korea Utara , kami kirim poskad buat masing2. Dan 1 pun poskad tak ada yg sampai ke alamat kami semua 🤣🤣🤣. Mungkin langsung disensor oleh mata2 Korea Utara di sana 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kalau yang murah kadar pos nya,makan masa..entah sampai entahkan tidak..
      Semoga sampai jua fanny punya poskad

      Delete
  17. Ammi lost contact dengan sorang kakak yg ammi kenal lalu majalan dewan siswa. Last kita berutus surat masa dia di Jordan tengah buat pengajian Syariah kat sana. Ammi cuba cari namanya kat FB, google semua tak jumpa

    ReplyDelete