Assalamualaikum
hari tu dah cakap nak stori mori dalam bentuk entry kan..
Alhamdulillah, selesai satu bab..
mengangkat barang dari Melaka ke Perak.
soalan kak PH, lori percuma ke?
yup. lori percuma, atas ihsan lah. tapi kena mohon lah dan kena tunggu turn ataupun kena tunggu kekosongan.
kadang-kadang lori tu kem guna, nak g latihan, nak hanta ransum, nak ke sana nak ke sini.
kalau ada lori pun, kadang-kadang pemandu takde, pun tak boleh juga.
tol dan minyak?
kalau ikot semua kenderaan jabatan, tol dan minyak adalah percuma.
janji ada dalam dokumen, kenderaan tu dibawa ke mana, dan of course lah ada kelulusan ketua jabatan.
macam kes lori askar nie, tak boleh isi minyak dekat luar, memang ada kem-kem yang kita boleh masuk untuk isi minyak.
contoh, kalau perjalanan ke Utara, memang kena isi minyak dekat kem di Tapah. tak ingat pula linda unit mana.
untuk tol, selalu nya ada kad yang jabatan punya, so untuk refill RM memang ke kerani unit masing-masing lah.
dan seperti mana yang Linda mention tadi, trak nie atas ihsan dan kekosongan.
jadi, pemandu dan anggota anggota yang kena detail untuk ikot tu, atas kita juga lah untuk bagi penghargaan. atas sebab mereka sanggup nak korbankan masa wekeend untuk spend time dengan family, tapi nak tolong kita angkat barang.
walau pun nama dah detail, tetaplah kita hargai mereka.
macam hari tu, incikSuami bagi duit untuk makan sarapan dan lunch diorang.
ada belikan rokok juga, tapi last minit tak jumpa mana kotak rokok tu...hahaha
dah la incikSuami bukan perokok, kalau jumpa kang, ntah nak bagi siapa pula.
lepas tu, habis punggah barang tu, kan linda ada cakap incikSuami bagi goodies sikit.
dalam tu ada kain pelikat, minyak wangi sebotol dan duit raya RM50 sorang.
Alhamdulillah , rezeki diorang lah tu.
linda tulis sini bukan kata nak riak ke apa.
tapi macam linda cakap tadilah, as a token sebab diorang sanggup gunakan masa berehat diorang untuk tolong kami angkat barang.
sebab tu semua bukan jobscope pun, takde claim OT, claim hours ke..takde.
gaji askar tak de claim OT eh, tapi kerja 24jam, 7 hari seminggu.
kita tak nak lah orang mengata belakang kan.
tapi, gitu lah askar..
nak g kursus pun duit, nak naik pangkat pun duit, nak pegi mess nite pun duit.
lagi tinggi pangkat nya, lagi banyak lah keluar duit, gaji naik tak seberapa pun.
till then, see ya.
Pendek kata, serba serbi duit kan. Ini lagi banyak modal dari kita bayar lori biasa ni, betul tak?
ReplyDeleteHiii.. Tak juga kak.. Kalau lori biasa, seribu tu dah tentu.. Melainkan ada kenal mana2 driver lori(boleh kautim atau tumpang).. Dan lori tu pergi balik berisi.. Kalau semata mata hanta barang kita, mahal juga.
Deletelama ke nak kena tunggu turn tu?
ReplyDeleteada sebulan?
bergantung pada keadaan...mcm kes linda nie, kira 6 bulan lah...sebab deal nak cuti sekolah...tapi, dari cuti sekolah bulan 12 sampai bulan 1 tu tak dapat..so kitorg anjak cuti sekolah bulan 5 nie pula...tu pun kena igtkan semula..senang diorang nak ejas.
Deletekena tengok juga jadual kem...ada latihan ke, operasi ke..kalau bulan tu ada latihan atau operasi, memang tak dapat ler..kalau bulan tu standby je kat kem, insya-Allah ada rezeki dapat trak
DeleteOwhh..gitu cite die..Betul jgk tu..Bagi token as penghargaan...Sekurang2nya staff2 yg dtg tu rasa brbaloi tlg kita pindah brng =)
ReplyDeleteBetul tu.. Last lah nak minta tolong diorang pun.
Deleteoo baru tau bab takda ot tu .
ReplyDeleteRamai tak tau yang nie..
Deleteoo tak de OT yer...memang sgt2 berbakti kpd negara laa...barakallah utk semua askar2 di malaysia
ReplyDeleteYa.. Takde OT.. Kalau ada OT dah kaya dah... Hahaha.. Sebab kerja tak tentu masa..
DeleteTq² sudi jawab soalan akk . .
ReplyDeleteOrang berbudi kita berbahasalah kan. Macam org hantar barang ke rumah kita la kan, kadang kita bagi juga upah/token...
Patutlah tak pernah nmpk trak askar berhenti isi minyak dekat petrol station biasa.
Tq perajurit negara semua berkorban apa saja utk negara 🫡
Sama2 kak...
DeleteGitulah cerita dia, tak rugi pun buat baik dengan orang...
Trak tak berhenti kat station petrol luar, bahaya... Sebab kadang2 tu bawak senjata, bawak peluru..
Terima kasih kak..
Untung dapat percuma walau kena tunggu... kalau sewa mukan murah juga tu
ReplyDeleteBetul tu uncle.. Alhamdulillah, selagi boleh.. Kita guna lah kemudahan yang ada..
DeleteUntung askar kalau pindah ada trak. Kalau sewa lori mahal jugak.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Rezeki tu..
DeleteKalau geng2 sabah sarawak lagi.. Mover yang tolong buatkan semua.. Tenang je
Wahhh baru tahu ada internal service begini ya kak linda. Nice sharing buat warga biasa yang memang tak tahu perihal ni😅 kita tahu sewa lori ja. Paling tidak pun memang lalamove sajala😂
ReplyDeleteBagus servisnya sesuai kemudahan buat ahli keluarga para pejuang tanah air. Ke orang awam boleh guna khidmat ni jugak kak linda?
Itulah tu.. Nie kalau barang kat selayang memang kena order lala move lah nanti.
DeleteKalau orang awam tu ada kabel, boleh lah guna khidmat kot.. Hihihi.. Itu pun kalau saudara mara dia unit kenderaan
betul, sama laaaaa..masa pindah barang dulu pun gitu jua ...cuma saya ni dekat dekat je....so dia orang pun tak ambik masa lama untuk lulus permohonan kenderaanpindah barang
ReplyDeleteBetul.. Kalau dekat2, Insya-Allah senang nie...
DeleteNie pencen kan, haruslah balik kampung.. Tu pun dah lajak 5,6 bulan duduk kuarters... Org dok menanya rumah dah.. Tapi Q rileks je, tak tanya pun.. Yang dah hampir setahun pencen pun, ada je tak angkat barang lagi.
Begitu ceritanya. Alhamdulillah, selamat angkut barang ke rumah baru ye. Guna kemudahan yang ada.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selesai dah angkat barang...kemas barang tak selesai lagi.. Hihihi
Deleteok... dah terjawablah dengan lengkap soalan akk sebelum ni.
ReplyDeleteSemoga Allah beri rezeki yang melimpah ruah buat Linda dan suami.
Aamin2 YRA..
DeleteTerima kasih atas doanya kak..
Untung sangat diberikan kemudahan pengangkutan ni. Walaupun lama nak menunggu gilirannya tu. Dengan kadang tak ada lori, tak ada driver. Alhamdulillah dapat juga gilirannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selesai 1 part.. Tidak lah dok mikir brg2 tak setel angkat lg
Deleteic ..... Yalaah kak. Dah pun gratis, masa iya kita tega pula tak bagi appreciation kepada mereka. Bukan ringan kerja begitu. Baguslah dibagi goodies dan makanan juga untuk menghargai dan berterimakasih juga kan
ReplyDeleteBetul tu fanny.. Insya-Allah, buat baik, dibalas dengan baik.
Deletebiras ammi baru je bersara tapi dia masih boleh duduk di rumah tu utk 6 bulan lagi. mmg gitu ek prosesnya?
ReplyDeleteSebenarnya.. Lagi cepat keluar lagi bagus.. Tapi, kalau trak nak angkut barng asyik takde je.. Cmno nak keluar... Org mesti nak tunggu yang free, dari membazir nak keluar duit sewa lori.. Ibarat menghargai perkhidmatan lah.. Gitu..
Delete