Monday, September 30, 2024

. : SILANG BUDAYA :.

Assalamualaikum

lama betul dia dok dalam draft...hihihi

apsal kak M tengok atas???
ntah la dia

cerita 13 Sept lepas...
hari penutup bulan kemerdekaan SKSJ
tema silang budaya
ibu bagi cadangan pinjam je baju kawan kakak yang bukan Melayu
jadi kak M pinjamlah baju Sonia, Sonia pinjam baju kak M

malas ibu nak beli-beli baju...hihih
buat seronok2 je

abang Muáz dan Mueez pakai baju melayu je
tak amik gambar pun..

tengok kak M pakai baju nie, teringat masa Linda kecik-kecik
kitorang kan duduk estate, dan mak tukang jahit
memang selalu lah geng-geng Indian nie hanta baju dekat mak, untuk kecikkan baju lah selalunya
hihihi

Till then, see ya


 

Saturday, September 28, 2024

. : SABTU YANG TENANG :.

Assalamualaikum.. 

Pukul 8 pagi Linda dah terpacak dekat Lotus Rawang nie.. 
Syok betul orang takde lagi.. 
Parking dapat depan pintu... 

See.. Lapang je... 
Memang boleh rileks rileks lah sambil membelek belek barang nak beli.. 

Hasilnya..penuh troli..
Ini rutin lepas gaji.. 
Memang akan beli bahan kering stok sebulan, dan bahan bahan asas lain.. 
Ada dedek je yang ngikut.. 
Abang Mu'az dan Mueez ada perkhemahan perdana... 
Kak M pula ada Kem Bestari Solat
Jadi seronok lah ibu memilih barang.. 

Balik dari Lotus.. 
Melencong sat dekat Selayang Baru.. 

Tara... 
G collect cermin mata yang dah berkenan kat hati hari tu.. 

RM69 je... 
Basic je lah nie.. 
Takde cermin silau.. 
Tapi, linda pun tak silau kuat sangat.. 
So, ok je lah... 

Hadiah takde tau... 
Tapi, siapa yang pilih no 2 tu.. 
Memang hebatt lah... 

Apsal takde orang pilih no 1 ye..?? 
Linda berkenan jugak no 1 tu, tapinya.. Takde warna lain dah.. 
Tinggal warna tu je, nampak sangat dari jauh nanti... Hihihi

Till then, see ya

 

Friday, September 27, 2024

. : BILA SUAMI BERAKSI :.

Assalamualaikum 

Bila incikSuami yang amik gambo... 
Tengok lah sendiri apa guphenya... Hahaha

Tak igt pulak tahun bila.. 
Tapi, abang Mu'az kecik lagi. 
Yang terselit dekat tepi tu.. Hihihi. 

Rsenya kak M takde lagi masa nie..
Tapi abang Mueez dah ada.. 
Baru duduk serumah dengan incikSuami masa nie... 
Memang every wekeend kerja kitorang cari port makan asam pedas yang sedap. Kikiki

Kurus betul ye zaman dulu.. Hahaha

Till then, see ya

 

.: OFFICER BLACK BELT :.

Assalamualaikum

 Hari tu kan viral teaser Officer Black Belt nie.. 
Linda igtkan drama berepisod
Rupanya movie dalam 2jam gitu lah

- official poster released -
Mula mula dengar nama Kim Woo Bin nie dalam cerita Goblin.. 
Igtkan pelakon veteran, rupanya muda lagi.. 

Lepas tu, tengok cerita dia Uncontrollably Fond, sedih ye ceritanya... 

Oklah.. Back to Officer Black Belt

kisah mengenai Lee Jung Do (kim woo bin), seorang anak muda yang suka dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia juga selalu bermain permainan video game (mcm PUBG) tu kot dengan kawan-kawan nya...perwatakan Jung Do nie, dia suka sesuatu yang menerujakan, nampak macam anak muda yang lincah , nakal (tapi tak nakal pun)

Jung Do juga membantu ayahnya melakukan penghantaran makanan. Ayah nya memiliki kedai ayam.
satu hari, dalam perjalanan pulang selepas menghantar ayam ke rumah pelanggannya, dia secara tak sengaja ternampak seorang pegawai nie hampir tewas di tangan penjenayah, jadi dia tolong lah. dan berjaya menumpaskan penjenayah tu. pegawai tu pulak terpaksa bercuti sakit.

owh lupa plak, team pegawai nie tadi, daripada team yang kena mengawal penjenayah kes berat yang baru keluar daripada penjara.
penjenayah nie pakai gelang kaki elektronik.
jadi team pegawai nie, memantau lah aktiviti seharian penjenayah nie, kalau ada yang mencurigakan, kena p turutkan lah penjenayah tu

jadi ketua team nie offer lah job sementara dekat Jung Do nie, sebab dia tahu Jung Do hebat dalam martial art.
jadi, Jung Do pun cuba lah, hari pertama dia macam boring, sebab kena duduk depan PC je, pantau pergerakan, last-last di penghujung hari, ada sesuatu tak kena..dia ajak ketua dia p kat lokasi penjenayah tu.

seronok dia dapat guna pistol elektrik nie

klimaks dia, bila penjenayah pedofil nie dilepaskan dari penjara.
memang kena kawal ketat lah...
dari sini lah, macam-macam yang jadi, ketua Jung Do kena belasah teruk, Jung Do pun tercedera.
jadi ayah Jung Do tak bagi dia sambung kerja dekat situ, tapi Jung Do nie nampak..
penjenayah tu semua teruk, sebab dia dah tahu, dia tak boleh duduk diam, kalau dia tak tahu apa-apa, dia tak masuk campur..
jadi ayah dia lepaskan dia dan kawan kawan dia untuk tangkap penjenayah tu...
macam mana cara dia dengan kawan-kawan dia tangkap??
memang kena tengok lah sendiri
cerita nie unsur romance, cintan cintun takde..
tapi unsur bab-bab sepak terajang tu, memang kena perati jugak lah kalau nak tengok dengan kids...

the real photo of Kim Woo Bin

till then, see ya

.: ROTI KOSONG BANJIR :.

Assalamualaikum

pagi nie breakfast dekat kedai mamak sebelum masuk kerja

roti kosong banjir sekeping
sedapnya lama tak makan banjir banjir gini

jom sama-sama memperbanyakkan selawat 


semoga dengan keberkatan di hari Jumaat nie, Allah permudahkan urusan kita semua serta rakyat Palestin serta Lubnan ...Aamin

till then, see ya



 

Thursday, September 26, 2024

. : BAJU BAKAT DARAT :.

Assalamualaikum 

Baju rasmi anggota BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera) 
Untuk dipakai oleh isteri setiap anggota tentera di Malaysia tak kira Darat, Udara mahupun Laut. 
Yang membezakan nya hanyalah warna tudung. 

Dah selamat Linda let go bajunya... 
Masa suami beli kain pasang dalam rm75..tak tau lah apesal mahey beno.. 
Tapi, linda minta mak je yang jahitkan.. 
Owhh.. Tak boleh buat patern lain SELAIN baju kurung ya.. 

Selalu baju BAKAT nie kita pakai untuk acara rasmi je... 
Macam AGM (Annual Grand Meeting) ataupun ada lawatan lawatan rasmi lah.. 
Jadi kalau nak ikot kan, mcm Linda nie.. Isteri anggota PTTK (Pegawai Tidak Tauliah Kanan), jarang lah nak pakai baju nie.. 
Sebab tak terlibat dengan acara acara rasmi sangat... 
Lepas tu, kita bekerja, kalau hari bekerja tu memang tak dapat join lah aktivitinya

Meh, linda up sikit kenangan berbaju BAKAT nie

Masa nie last hadiri AGM, tahun 2023 tak silap.. 
Linda nie memang lone ranger, duduk je sebelah siapa2 pun.. 
Ok je.. Hahaha.. 
Nampak sangat takde geng dalam BAKAT.. 
Sekali, ada orang snap gbar kita.. Hanta wasap... 

Nie lah orang yang snap gambar Linda kat atas tu tadi... 
Sekali jiran depan rumah dekat kuarters Melaka daa... Hihihi.. 
Yani nama dia... 
Ada lah kenangan bergambar dengan Yani dan berbaju BAKAT.. 

Yani lambat lagi nak pencen, suami dia baru masuk tahun ke 11 servis... Ada lagi 10tahun servis... 
Semoga terus maju jaya ya... 
Terima kasih jadi jiran akak yang baik... 

Till then, see ya


 

Wednesday, September 25, 2024

.: PRIZE GIVING CEREMONY :.

Assalamualaikum

share lagi, untuk kenangan
robotic tournament yang dedek masuk hari tu

nie gambar awal sebelum masuk dewan pagi tu

nie peserta untuk kategori yang dedek masuk
Platform B, kategori "OLLO"
yang pegang piala adalah top 3, pengiraan markah tak tau lah mcm mana judges kira..

turun stage, dedek masam je, Linda tanya lah kenapa
sekali dedek jawab "adik nak hadiah yang besar (piala) tu" 
adoi, macam-macam lah nak..hihihi

barisan murid wakil tadika dedek
dengan cikgu pengiring di barisan belakang

terima kasih cikgu sebab bagi peluang dekat dedek menyertai pertandingan nie
tak sangka betul Linda bila cikgu wasap, gtaw dedek cikgu pilih jadi wakil sekolah

anak-anak bersama ibu-ibu dan guru-guru

dedek dengan naganya

one family photo
terima kasih cikgu bertanya nak snap gambar family tak..
kalau harap Linda, memang lepas event baru menyesal
"apesal lah tadi tak amik gambar family?"  hihihi

abang Mu'az dan Mueez dekat kampung lagi masa nie
ahad esoknye (22 sept), baru wak mas tolong hanta kan..

till then, see ya


.: WORDLESS WEDNESDAY 28 :.

Assalamualaikum

pagi-pagi, lepas thumbprint nak masuk ofis
tengok ramai berkerumun kat tepi koridor
ingatkan kenapa

rupanya ada patient terjun dari tingkat 6
cina katanya

apa lah yang dihadapi sampai nekad nak terjun
semoga dipermudahkan urusan staff-staff yang berkenaan nak menjawab

jangan main-main dengan emosi nie
semoga kita semua terhindar daripada penyakit psikologi
rasa-rasa ada yang tak kena, cepat lah minta bantuan yang pakar

till then, see ya

 

Tuesday, September 24, 2024

.: SIMPLE BREAKFAST :.

Assalamualaikum 

Disebabkan breakfast hari nie lain dari biasa.. 
Kita up entry lah... Hihihi
Biar jadi pendorong kerajinan di kala malas

Simple wrap je
Mudah je sebab anak tak makan sayur... Hihihi

Meh nak share resipi...

Bahan bahan :
- tortilla wrap belah 4
- sosej dibelah 2
- chicken fingers
- cheese slice 

Steps :
1- sosej dan chicken fingers digoreng dulu
2- ambik wrap yang dah dibelah 4 tadi.
3- susun chicken fingers dan sosej, letak cheese slice (ikot suka nak banyak mana)
4- letak sos, mayonis, atau apa-apa dressing yang disukai
5- lipat kan , then cucuk dengan lidi pencungkil gigi yang belum guna 😂😂
6- hidang dan boleh dimakan

till then, see ya


 

Monday, September 23, 2024

.: Anniversary Giveaway by Cie :.

Assalamualaikum

sebelum terlupa marilah kita join GA by Cie nie
Cie buat sempena bulan Anniversary dia

semoga terus berbahgia hingga ke hujung nyawa, aamin


Syarat Penyertaan Anniversary Giveaway by Cie

  1. Buat entry bertajuk Anniversary Giveaway by Cie
  2. Copy banner dan letakkan entry anda beserta dengan backlink ke entry ini.
  3. Follow blog ini kalau belum follow.
  4. Follow Instagram Cie roziahmuhammadnor
  5. Giveaway ini bermula 10 September 2024 hingga 30 September 2024.
  6. Pengumuman pemenang akan dibuat pada awal bulan Oktober 2024.
  7. Cie pilih pemenang guna Wheels Of Name
  8. Keputusan adalah muktamad.

macam biasa, rules dia kat atas nie ye
tak susah pun...
IG nanti linda chek balik
tapi Thread folo kot, sebab kadang2 nampak jugak post Cie

good luck semua yang join

till then, see ya

.: PILIHAN TELAH DIBUAT :.

Assalamualaikum...

baru perasan cerita dia dari bulan Januari nak tukar cermin mata
tapi tak tukar tukar lagi

semalam kak mas. mak ngan amar datang selayang
menghantar abang Muáz dan Mueez
tak sempat nak balik kampung, hari sabtu tu sehari tunggu dedek

so, kak mas kata, dia teringin nak buat cermin mata yang murah yang selalu Linda buat tu
so, bawak lah dia p Factory Eyewear dekat Selayang Baru tu

so, Linda pun amik kesempatan lah cuba frame yang menarik hati

pilihan pertama

pilihan kedua

pilihan ketiga

haisyh, memang ada yang berkenan nie..
lepas gaji kena terus serbu
kak mas punya cermin mata tak ambil lagi
kang time linda ambil, memang sambar cermin mata baru jugak nie

so, meh main teka teki
agak agak linda pilih yang mana??

till then, see ya

 

Saturday, September 21, 2024

. : 14TH STEAM CUP MALAYSIA 2024 :.

Assalamualaikum 

Bersiaran di Kuen Cheng High School
Untuk program bawah nie

-tekan gambar untuk details-

Kepala naga dedek

Dedek punya naga

Awal sampai, muka cuak je
Ramai orang + kawan tak sampai lagi

5 peserta semua, wakil dari Permata Mawip sekolah dedek
Nie gambar awal-awal

Semalam buat latihan sekejap dekat sekolah
Linda tak dapat nak join.. 
Tiba tiba banyak urusannya semalam

Mula mula cikgu beritahu dedek terpilih masuk pertandingan robotik nie.. 
Terkejut ibu... 
Tak pernah dengar dan tahu.. Hihihi.. 
Bila google tengok, peringkat kebangsaan tu.. 
Alhamdulillah, diberi peluang untuk menimba pengalaman... 
Semoga berjaya team Permata Mawip.. 
Ibu nak harap lebih, tengok naga orang lain power power... Hihihi.. 
Ibu tak reti nak menghias hias nie... 

Semoga berjaya anak anak... Ganbate.. 

Till then, see ya




 

Friday, September 20, 2024

. : HADIAH UNTUK IBU :.

Assalamualaikum 

Cerita sebelum cuti sekolah hari tu... 
Buka buka pintu kereta.. 
Kak M cakap kat ibu

"nie mesti ibu suka nie" 

Dia pun keluarkan piala kecik dari dalam beg dia... 


Tempat kedua Tahun 2
Pertandingan mewarna sempena Bulan Kemerdekaan 

Eh, terkejut pulak ibu... 
Yang lain tak sempat nak habis mewarna ke macam mana... Hihihi

Tahniah lah kak M.. 
Semoga terus sukses dan maju jaya.. 
Belajar pandai pandai, biar jadi orang yang berguna, berbakti kepada orang lain.. Insya-Allah, Aamin... 

Till then, see ya

 

Thursday, September 19, 2024

.: KENE SCAM DAA :.

Assalamualaikum...

hold dulu entry yang lain...
nak up dulu entry yang paling menyayat hati nie

kalau yang perasan (mesti perasan, sebab entry tak banyak pun).. hihihi
kan Linda kabo beli dapur gas baru sebab yang lama rosak
balik tu, terus lah test ..
pasang kepala gas bagai...
sekali... dia buat suprise daaa.


tak menyala jugak dapur gas baru tu
ehhh...
rosak ke pun..
baru beli je...
linda pun p lah cuba...
petik petik, tak keluar apa..
percikan api pun takde..
haisyhhh...pelik bin ajaib nie...


terus belek-belek kalendar
sekali....
bulan 3 hari tu, kita tukar tong gas baru daaa...
sekarang dah bulan 9... 
haruslah dah habis gas nya....

betul-betul tragedi lah... 😂😂😂

balik kerja semalam, baru incikSuami sempat nak p tukar tong gas...
malam tu, dia dah setting balik dapur gas lama..
yang baru kita simpan balik..
tengok lah nanti nak buat apa...

Taraaa...
baru lah menyala dapur ku...

haisyhh..nie semula salah incikSuami
dia yang buat kalut daripada semalam-semalam tu...
terus linda tak dapat berfikir...
fikir dapur gas rosak je...
bertuah punya incikSuami...

till then, see ya

Wednesday, September 18, 2024

.: ZIARAH KUBUR ARWAH FIL :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ahad lepas 15sept dapat pergi jenguk kubur arwah FIL dekat Titi Serong

masa nie was-was nak masuk
jadi, duduk luar je..
kadang ada part yang tak yakin..jadi tak buat

hari nie baru sempat gugel

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada soalan. Apakah hukum wanita haid ziarah kubur? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, menziarahi kubur hukumnya adalah sunat kerana ia membawa kepada keinsafan dan mengingatkan hari akhirat. Hal ini sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas‘ud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَزُورُوا الْقُبُورَ، فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا، وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ

Maksudnya: “Aku dahulunya melarang ke atas kamu ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahlah kubur, kerana ia menzuhudkan dirimu dan mengingatkanmu kepada akhirat.”

Riwayat Ibn Majah (307) dan Ibn Hibban (981).[1]

Dr Wahbah al-Zuhaili turut menjelaskan bahawa menurut jumhur fuqaha’, ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ‘keinginan’, maka hukumnya sama seperti lelaki. Ulama mazhab Syafi’i menyatakan bahawa sunat memperbanyakkan ziarah kubur terutamanya menziarahi kubur orang soleh dan baik, dan hendaklah berdiri di hadapan kubur seumpama berdiri di hadapan orang yang hidup. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 2/541-542).

Berbalik kepada soalan yang diajukan, Syeikh Mahmud Syalabi, Setiausaha Fatwa di Dar al-Ifta’ al-Misriyyah pernah menyatakan bahawa dibolehkan bagi wanita haid untuk menziarahi kubur, mendoakan si mati dan berzikir kepada Allah. Dalam erti kata lain, dia boleh melakukan apa sahaja perkara yang dikehendaki (dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak), akan tetapi janganlah dia membaca al-Quran. Dia juga boleh bersedekah, melakukan apa-apa amalan soleh yang boleh dilakukan, tetapi ibadat yang memerlukan kepadanya suci daripada hadas seperti solat, puasa, membaca al-quran, maka janganlah dia melakukannya.

Begitu juga Syeikh Ahmad Mamduh, Setiausaha Fatwa di Dar al-Ifta’ al-Misriyyah juga pernah menyebutkan bahawa dibolehkan bagi wanita haid menziarahi tanah perkuburan, tetapi dengan syarat dia berpegang teguh kepada adab-adab Islam. Beliau menambah, jika wanita tersebut seorang yang berhijab, menutupi dirinya serta dirinya, hartanya dan kehormatannya selamat atau aman daripada fitnah, dia beriltizam dengan kesabaran dan ketenangan serta tidak beramal dengan amalan-amalan Jahiliyyah, maka dibolehkan baginya untuk menziarahi kubur dan orang mati. Beliau turut menjelaskan bahawa tanah perkuburan bukanlah sebagaimana di masjid. Oleh itu, wanita haid boleh pergi menziarah kubur, tetapi dia tidak boleh membaca al-Quran semasa dia sedang dalam haid.[2]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, kami berpendapat bahawa tidak mengapa seorang wanita haid untuk menziarahi tanah perkuburan tetapi dia syarat dia hendaklah menjaga dirinya dengan adab-adab Islam. Hal ini kerana tanah perkuburan bukanlah seperti masjid, dan menziarahinya adalah untuk mengingatkan kepada kematian dan hari akhirat serta mengambil pengajaran daripadanya.

Sekalipun begitu, dia juga hendaklah menjaga dirinya daripada melakukan apa-apa perkara yang dilarang oleh syarak berupa amalan-amalan jahiliyyah seperti meratap dan tangisan yang keterlaluan. Apatah lagi jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh lalu membawa kepada perbuatan yang dilarang oleh syarak. Atas dasar inilah, sebahagian ulama berpendapat makruh kepada wanita untuk menziarahi kubur.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

Wallahu a‘lam.

[1] Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut menyatakan bahawa sanadnya adalah dha’if dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (981).

[2] Lihat https://www.elbalad.news/5099213. Diakses pada 24 April 2023. 


sambil-sambil tunggu kat luar tu..
ambik lah gambar padi yang tertinggal dekat bahagian tepi
sebab dekat bendang, padi dah kena tuai...

incikSuami konon nya nak tabur batu kecik-kecik atas kubur
niatnya, nak elakkan tanah rata je lah
yelah, kami nie tak selalu dapat ziarah kubur..
sekali kena tegur ngan qariah masjid, dia suruh korek balik batu kecik-kecik tu
katanya tak boleh buat di tanah perkuburan situ
tapi, garang betul ayat dia bila incikSuami cakap dah korek balik batu dan gembur2 tanah bagi tinggi sikit

kariah masjid tu jawab "tak boleh tinggi-tinggi sangat pun, kalau ikot sejengkal je dah cukup"  tapi, dengan nada yang tinggi jugak lah...

jadi, dah selesai tu, kami pun cepat cepat lah bergerak keluar dari situ

faham, lain pengurusan lain lah caranya
tapi, kawasan kubur pun tak tersusun..
kalau kubur belah dalam, jenuh nak mengelakkan terlangkah kubur orang lain...
folo je lah kan..

till then, see ya

 

Tuesday, September 17, 2024

. : DAPUR GAS BARU :.

Assalamualaikum 

Balik dari long weekend semalam, pasang balik kepala gas dekat tong gas.. 
Mula mula ok je... 
Tapi tiba tiba bau gas 1 dapur tu.. 
Cek cek getah paip tu, semua ok.. 
Jadi kitorang syak dapur gas tu lah kot.. 
Sebab lepas petik petik api tu, bunyi berdesir kuat je.. 
Bau pun kuat je.. 
Masalahnya, dok petik petik tu, api tak keluar, bau gas je lebih.. 
Memang tak berani lah nak guna, buka balik kepala gas tu.. 

Jadi, kesimpulannya...

Beli dapur gas baru lah kita
Lari lah kejap p Tesco Rawang lepas magrib tadi.. 

Yang dipilih, jenama Pentec nie.. 
Sebab, dia yang paling murah... Hahaha.. 
Dah hujung hujung nyawa dah nie.. 😂😂

RM69. 90
Berdapur gas baru lah kita..

Tapi, barang yang linda kerap tukar.. 
Dapur gas lah... Hahaha.. 
Rasenya sepanjang 13tahun kawen nie.. 
Dah 5 kali tukar dapur gas.. 
Nak kata rajen memasak, idak ler jugak... 
Agaknya, beli yang biasa biasa je kot.. 
Mungkin lepas nie boleh try beli yang luar biasa pulak... 😂😂

Till then, see ya

Monday, September 16, 2024

. : SALAM MAULIDUR RASUL 1446H :.

 Assalamualaikum 

Semoga dengan mengingati Rasullullah SAW akan menjadi asbab kita lebih mencintai baginda SAW. Aamin.. 

Di sini Linda share juga sejarah ringkas Rasullullah... 
Tak dapat banyak, sedikit pun jadi lah... 




Mari kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW, semoga menjadi asbab kita mendapat syafaat baginda kelak... Aamin2 YRA... 



Kelebihan Berselawat
Terlalu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ini. Antaranya ialah:

 ❤️ Dituliskan oleh Malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
❤️ Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
❤️ Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
❤️ Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
❤️ Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
❤️ Allah akan menutupi segala perasaan dukacita.
❤️ Mendapat darjat al-Sidq.
❤️ Sejahtera pada hari kiamat.
❤️ Allah dan para Malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
❤️ Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
❤️ Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dilafazkan.
❤️ Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.
❤️ Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

Till then, see ya

Sunday, September 15, 2024

. : HADIAH BIRTHDAY :.

Assalamualaikum 

Tak move on lagi.. 
Sebab.. IncikSuami jarang bagi hadiah.. Hahaha 
Yang nie pun linda request dari bulan lepas, utk hadiah birthday... 

Memang jenis tak tau malu..nak apa kena cakap... 
Kalau tak, pakat tak dapat lah... Hahaha.. 

Hat nie lah hadiah dia

Meh kita tengok dalam dia.. 
Linda suka yang macam nie ja.. 
Senang nak bukak... 

Hat nie dompet lama.. 
Dah koyak dalam dia.. Hihihi... 
Tepi tepi tu pun, koyak dah.. 

Alhamdulillah, dapat jugak dompet baru.. 
Saja tak nak beli sendiri... 
Asyik beli sendiri je, sekali sekala kita minta lah dekat incikSuami.. 

Till then, see ya