Tuesday, April 30, 2024

. : SANDWICH JAMUAN RAYA KAFAI :.

Assalamualaikum 

Hari nie Linda cuti.. 
Jamuan raya sek agama.. 
Ibu pulak yang cuti.. Hahaha

Kita amik menu senang2 aje... 
Sandwich.. 

Layan gambar

Nie linda dah sapu mentega

Mentega dan sardin
Sayuran takde
Anak anak sekarang tak reti makan sayur.. Kikiki

Naseb baik incikSuami ada.. 
Kita suruh dia masukkan dalam plastik.. 
Senang anak anak nak amik... 
Roti tu Linda potong dua je. 
Masuk dalam plastik separuh separuh

Plastik buat tapau lauk tu.. 
Senang tak payah letak dalam bekas.. 

So, setel sandwich untuk tiga kelas anak

4 loaf roti gardenia yang besar tu
2 tin sardin yang besar

Abang Mu'az nak pakai baju melayu hitam
Tiba2 nak pakai sampin ayah.. 
Tahun depan pun dah boleh beli sampin yang besar tu... 
Tak boleh dah pakai yang segera.. 

Sekejap je dah besar anak ibu nie haaa... 
Tapi perangai tu.. 
Kadang kadang besar.. 
Kadang kadang kecik.. 

Till then, see ya

 

Monday, April 29, 2024

.: KISAH DEDEK :.

Assalamualaikum

kisah nya, hari nie sambutan raya dekat tadika Dedek
dah siap bersampin bagai..
dah siap juadah untuk dibawa ke sekolah
dah siap sarapan dulu

sekali....


"ibu, dedek tak nak pergi sekolah, kan adik batuk-batuk, nanti terjangkit dengan kawan-kawan"

tapi memang iye pun, malam tadi badan dedek panas, ibu bagi makan ubat, letak cool fever
pagi nie tak panas dah, tapi batuk-batuk pulak

ibu double confirm balik, sebab hari nie ada jamuan raya kan
dan dedek memang tak nak pergi..
ok lah, ibu pun risau kalau makan banyak-banyak, kang batuk-batuk, muntah pulak
kesian pulak cikgu kang..

jadi, ibu cutikan lah Dedek.
inform cikgu Mira awal-awal
takde rezeki lah Dedek nak sambut raya dekat tadika tahun nie

tahun depan sambut dekat sek baru pulak, kalau ada rezeki..aamin

till then, see ya

Sunday, April 28, 2024

. : RSMY NAN CHEESE, KL :.

Assalamualaikum 

Jumaat malam sabtu ritu, decide nak makan luar lah.. 
Malas nak pening2.. 
Mula2 decide nak makan kedai mamak je lah macam biasa... 
Sekali..... 

Terwaze RSMY nan cheese pulak...😂😂
Ala, area sogo je.. 
Tak sampai 30min pun dari rumah.. 
Tapi kalau siang, jangan harap lah, sejam pun belum tentu sampai..hahaha

Mueez order nasi beriyani ayam goreng
Tapi rempah nasi beriyani memang kaw.. 
Pedas, Linda rasa pun tak boleh go.. 
Mueez tak boleh makan.. Last2 ayah habiskan... Kikiki

Niat utama nak repeat nan cheese nie je.. 
First time makan, masa cawangan dia buka dekat area Melaka.. 
Tapi, sebab covid.. Lepas2 tu tengok takde dah... Tak hidup kot masa covid tu.. 

Mula2 order 2 keping.. 
Lepas tu, tambah lagi sekeping.. 

Nie kuah cicah dia.. 
Tak ingat pulak namanya.. 
Tapi sedap.. 
Dedek nak makan nasi lemak.. Nseb baik ada.. 

Video cheese nya.. 
Memang terbaik lah.. 

Owh.. Linda tengok menu air, ad teh masala.. 
Order lah nak tengok rase apa.. 
Sekali, rasa macam minum air rempah.. Hahaha
Tapi, tak melekat rasanya. Bila hirup teh tu, baru rasa.. 
Ok, dah tahu rase air macam mana... 

Total hangus malam tu RM82
Nan cheese biasa 2 keping
Nan cheese ad ayam slice 1 keping
Kuah ayam 1
Nasi beriyani ayam goreng 1
Nasi lemak 1
Teh tarik 2
Teh masala 1
Milo ais 1
Teh o ais 1
Sunquick 1

Lain2 kali boleh repeat lagi.. 

Till then, see ya




 

. : RIANG RIA AIDILFITRI :.

Assalamualaikum 

Random pics masa hari raya... 
Ehsan sepupu2 dalam group besar family sebelah bapak Linda
Turn kali nie raya kampung Linda, so dalam kampung je, ada 3 beradik yang hidup termasuk bapak.. 
Jadi memang setiap raya pertama, kami akan pusing rumah ke rumah.. 
Jadi, raya pertama dah selesai raya rumah pak2 saudara dekat kampung.. 


Adik bapak.. Paman Udin, masa muda nya duduk di JB.. Pernah dtg 2x je.. Kikiki
Dah pencen, terus buat rumah dekat kampung.. 


sebelah Linda, cikRos (isteri paman ri, adik bapak yang bongsu) 
Wak Yati (isteri wak Amat, abang bapak) 
Kak huda (sepupu, anak wak yati) 
Abg Man (suami kak huda) 

Paman Ri, adik bapak yang bongsu

Nie pulak MIL dengan adik ipar.. 
Adik ipar share masa pagi raya.. 
Naseb baik adik ipar belum kawen lagi, ada jugak yang buat teman MIL bila raya nie.. 
Adik ipar kerja dekat Penang.. 

Alhamdulillah, untuk syawal kali ini.. 
Sedih mengenangkan umat islam Palestin. 
Semoga kemenangan berpihak pada mereka, Aamin2 

Till then, see ya

 

Saturday, April 27, 2024

. : RAYA HOSPITAL SELAYANG :.

Assalamualaikum 

Petang jumaat semalam, sambutan raya peringkat Hospital 
Tahun ke 3 Linda kerja dekat sini, kali nie majlis yang paling pendek.. 
Sebab bermula 2.45-7pm gitu (Selalunya majlis bermula jam 10pagi - 4petang) 
Dimulakan dengan perhimpunan bulanan hosp.. 

Linda lambat sikit join, sebab hari hari memang kena naik kompleks doktor on call untuk tujuan pembersihan.. 
So, dalam pukul 4pm baru kita join.. 
Jadi, geng tak jumpa lah.. Sebab dah ramai ramai nie, tak nampak pulak orang nya.. 

Sorang2 pun jadi.. 
Kang menyesal pulak tak ambil gambar dekat photobooth nie.. 

Sebelum balik, sempat bergambar dulu dengan Biha (librarian) 

Ada kak mala (Pembantu Tadbir) juga

Yang nie sr Yaya (sister Dental) 
Kenal sebab sr Yaya duduk asrama (linda kan pemilik asrama.. Hahaha) 
Lepas tu, sama2 join zumba hari rabu petang... 
Tapi, mcm dah lama linda tak join nie.. Hahaha
Sr Yaya memang pertandingan baju tercantik.. Memang tiap2 tahun sr Yaya akan join pertandingan.. 

Gambar makanan, tak sempat nak amik.. 
Linda pun tak sempatnak pusing2 cari makanan, pkul 5petang nak balik dah.. 
Dapat merasa kambing golek, lemang, rendang dengan rojak je.. 
Banyak lagi makanan tak rasa.. 

Apa2 pun, seronok.. 
Sebab boleh pakai baju raya.. Kikiki

Till then, see ya

 

Friday, April 26, 2024

.: GENG RAYA RUMAH MERTUA :.

Assalamualaikum 

Mood raya yang masih terbawa bawa... 
Linda nak share gambar raya abang dan adik yang tak beraya di kampung.. 

Adik dekat johor
Tahun nie turn raya umah mertua.. 
Umah wife (ika) dia.. 
Tapi dengarnya, hari buruh nanti nak balik kampung jugak..
Boleh lah jumpa lala dengan hayqal tu

Abang pulak beraya di kelantan
Wife dia (kak huda) kerja pulak raya pertama.. 
Kak huda pun memang orang kelantan.. 
Maybe raya haji balik kampung kot.. 
Dah jadi anak dara dah kakak Mia nie.. 
Kira anak buah yang paling besar lah nie... 

Bila lah boleh raya sama2 dengan kak dan adik ipar nie.. 
Turn raya selalu tak sama.. 

Till then, see ya
 

.: JAMUAN RAYA SKSJ :.

Assalamualaikum

hari nie SK anakanda bertiga buat jamuan raya dan sambutan hari lahir untuk yang lahir pada bulan 1-4
nak dijadikan cerita, cikgu dan bahagikan jenis makanan yang perlu dibawa oleh setiap tahun

MENU MAKANAN YANG PERLU DI BAWA OLEH MURID MENGIKUT TAHUN (murid Islam sahaja)

🟤 Tahun 1 : 🍰🍮🥧 Dessert @ kuih muih

🟠 Tahun 2 : 🫓🥖🍗 Nugget, Sosej @ ayam goreng

🔴 Tahun 3  : 🍎🍉🍇 Buah-buahan yang telah dipotong.

🟢 Tahun 4 : 🧃 Air Kotak

🟡 Tahun 5 : 🍜 Bihun yang telah siap dicelur

⚪ Tahun 6  : ⬜ Nasi impit yang telah siap direbus

lega linda, takde lah peningpening nak masak apa..
start hari nie berderet jamuan makan-makannya

Linda sendiri petang nanti jamuan hari raya peringkat Hospital
esok 27/4 - mesyuarat PIBG SK
ahad 28/4 - potluck makan2 geng babyRuz (PRAC)
isnin 29/4 - jamuan raya tadika dedek
selasa 30/4 - jamuan raya KFAI anakanda bertiga 

nasi impit rebus malam tadi
nuget goreng pagi tadi

Mueez je nak layan ibu amik gambar
lagi dua orang terus lari... hahaha

Linda tolong Mueez angkat air kotak sampai ke meja hidangan

berseronok lah sambut Jamuan raya ya...

till then, see ya

Thursday, April 25, 2024

.: PROGRAM MEMBACA 2024 :.

Assalamualaikum

saja share dekat sini
Linda join selfie untuk "PROGRAM JOM MEMBACA 2024" peringkat Hosp Selayang

tema bagi tahun 2024
"PEMBACAAN MELESTARIKAN PERPADUAN"

Comel googleform librarian HS buat
warne merah jambu
helok kena dengan baju uniform Linda..kikiki

so, gambar yang nie lah Linda hantar ..
tapi macam lari tema kan??
takde perpaduan lansung...kikiki
at least amik lah gambar membaca beramai-ramai ke...kikiki

tapi, saja je join pun...
memeriahkan program yang librarian buat
nie pun amik gambar dalam library..
kot kot dapat markah bonus ke.. 😁😁

till then, see ya



 

Wednesday, April 24, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 15 :.

Assalamualaikum...

perempuan dan nafsu tak boleh dipisahkan
yang beno nya dah lama dekat cart beg nie
berkenan pulak

tiba-tiba semalam harga dia tinggal RM39.90 je
tolak voucher dapat RM35.90
cepat-cepat lah proceed order ye...

sebab memang harga paling murah dia jatuh RM35.90
alamat kita letak alamat pejabat ye
jadi, ia menjadi rahsia sendiri..kikiki

tapi yelah, fikir as a reward untuk diri sendiri je lah
asyik fikir barang keperluan anak-anak dan family je
diri sendri terabai (ayat coverline)

tak sabar nak tunggu sampai

till then, see ya


 

.: 2024 Giveaway by asyiqin.com :.

 Assalamualaikum

nampak posting entry nie dekat blog Anies
jadi, jom lah kita join
tak susah pun syarat-syarat nya

-TEKAN GAMBAR PLEASE-

mula-mula sekali, linda pun baru kenal blogger Asyiqin nie
so, hai, selamat berkenalan Syiqin, sambil-sambil join giveaway

macam biasa, syarat-syarat yang paling mudah :

SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:

1. Follow Blog ini
2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.
4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.


jadi, jom, sesiapa yang belum jin, mari-mai memeriahkan giveaway
tarikh tutup 7 MEI 2024 taw
sempat lagi

till then, see ya



.: IMAM MUDA MUKHLIS :.

Assalamualaikum

semalam, cikgu tadika dedek share gambar nie dalam group wassap 
untuk yang stay sampai petang, memang ada praktikal solat zohor, sebelum nap time dalam sejam gitu

eh, macam dedek pulak..
sipi-sipi je nampak kan

sekali, tengook gambar lain..
eh betul lah, turn dedek pulak hari nie jadi imam
Alhamdulillah, semoga berterusan lah ye dedek dalam mendirikan solat nie

"ya Allah yang Maha berkehendak, semoga dengan limpah rahmat -MU, jadikanlah keturunan kami tergolong dalam orang-orang yang mendirikan solat, aamin"

tapi kan, kalau dedek solat sekali tu..
dia punya volume kuat tang bacaan-bacaan Al-fatihah dan surah tu, sampai Linda pun terikut2 lah... hahaha
sabar je lah, in learning process lagi..

till then, see ya

 

Tuesday, April 23, 2024

.: KHUN:SA :.

Assalamualaikum

Linda pun terjebak sama dengan drama Khun:Sa nie
jumpa ulasan dekat FB, linda CnP je
gambar yang sensitif, untuk tujuan pembelajaran

cerita nie memang wajar ditonton, memberi banyak pengajaran kepada kita
kita dapat menyelami perasaan perasaan mereka yang telah dinafikan haknya
Linda rase topik nie sampai sekarang masih lagi isu yang sensitif, orang tak ambil cakna
yang mereka tahu, hanyalah malu

Baru-baru saya terjebak dengan drama di Astro bertajuk Khun:Sa berkenaan seorang individu yang dilahirkan sebagai khunsa dan dugaan-dugaan yang dihadapi olehnya disebabkan ayah yang tidak menerima hakikat anaknya itu khunsa.


Apakah sebenarnya khunsa?


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, khunsa ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin. 


Ramai yang keliru dengan istilah ini. Ramai yang menyangkakan bahawa `dua alat kelamin’ bermaksud individu itu mempunyai kedua-dua:

1. Zakar (Penis), buah zakar (Scrotum) &`batu’ (Testes/Testicles), dan

2. `Bibir’ kemaluan perempuan (Labia), biji kelentik (Clitoris), lubang/salur faraj (Vagina) & ovari.


Sebenarnya, yang dimaksudkan mempunyai `dua alat kelamin’ tidak bermaksud ada kedua-dua alat kelamin tetapi ia bermaksud dia ada campuran kedua-dua jenis alat kelamin.


Ada beberapa jenis campuran kedua-dua alat kelamin:

1. Clitoromegaly – mempunyai clitoris yang besar (sehingga ia berupa seperti zakar yang kecil), mempunyai labia yang sedikit besar (berupa seperti buah zakar yang kempis), tetapi juga mempunyai lubang/salur faraj yang normal. Ini adalah jenis khunsa yang paling kerap berlaku. Individu ini adalah perempuan dan mempunyai rahim dan ovari. Dia tidak mempunyai testes. Genetiknya juga mengesahkan dia mempunyai  kromosom 46XX. Tetapi disebabkan clitoris yang berupa seperti penis, bayi ini mungkin dibesarkan sebagai lelaki jika tidak diperiksa dengan teliti okeh doktor. Clitoromegaly berlaku kerana semasa dalam keadaan janin lagi, terdapat paras androgen (hormone lelaki) yang tinggi yang merangsangkan pembesaran clitoris. Paras androgen yang tinggi ini biasanya disebabkan penyakit endokrin `Congenital Adrenal Hyperplasia’ (CAH) yang dialami oleh janin itu sendiri. Tetapi ada juga clitoromegaly yang disebabkan si wanita hamil mempunyai paras androgen yang tinggi disebabkan ubat-ubatan tertentu (anabolic steroid untuk sukan/bodybuilding) atau disebabkan mempunyai tumour yang menghasilkan androgen berlebihan.

2. Testicular feminization syndrome. Dari segi luaran, individu ini kelihatan seperti perempuan biasa. Dia mempunyai alat kelamin yang berupa perempuan dengan labia normal, clitoris normal dan lubang/salur faraj normal. Tetapi dia tidak ada haid kerana dia tidak mempunyai rahim atau ovari. Di sebaliknya, dia mempunyai testes yang terletak di dalam abdomen. Dia akan dibesarkan sebagai perempuan, dan hanya apabila dia tidak didatangani haid pada usia remaja, dia akan berjumpa dengan doctor. Apabila dilakukan ujian genetic, didapati dia mempunyai genetic lelaki iaitu kromosom 46XY.

3. Swyer Syndrome. Dari segi luaran, dia kelihatan seperti perempuan biasa. Dia juga mempunyai salur faraj dan Rahim. Tetapi tidak mempunyai ovari. Genetiknya adalah kromosom 46XY (lelaki).

4. Masalah genetik/kromosom seperti Klinefelter’s syndrome (47 XXY) dan Turner’s syndrome (45X0).

5. Ovotesticular disorder of sex development atau ‘True hermaphroditism’. Keadaan yang sangat, sangat, sangat,sangat jarang berlaku, dimana individu ini mempunyai kedua-dua ovari dan testes, dah alat kelamin boleh menyerupai lelaki ,perempaun atau campuran kedua-duanya. Ada yang mempunyai rahim, ada yang tidak. Kebanyakkan individu ini mempunyai kromosom perempuan 46XX, tetapi dengan ada juga sejenis kromosom Y.


Kalau anda lihat di gambar ke-2 di bawah, ia menunjukkan banyak kesamaan diantara alat kelamin perempuan dan lelaki, yang mungkin kita tidak perasan selama ini. 

Di dalam drama Khun:Sa, saya syak watak Che Khun adalah khunsa jenis clitoromegaly, tetapi keadaannya bertambah rumit apabila ayahnya membawanya untuk melakukan pembedahan terhadap kemaluannya supaya dia lebih berupa lelaki.


Semoga kisah Che Khun ini hanya berlaku pada waktu dahulu, dan tidak lagi berlaku pada zaman sekarang di mana kebanyakkan bayi dilahirkan di hospital dan diperiksa oleh pengamal perubatan yang bertauliah.


PS. ‘Wanita tanpa rahim’ atau Meyer-Rokitansky-Kusyer-Hauser syndrome, bukan khunsa. Syndrome ini memang berlaku pada perempuan sahaja. Tiada unsur lelaki langsung.

kredit  yang empunya post Anna Liza Roslani FB profile SINI


till then, see ya


. : TAHNIAH ABANG MU'AZ :.

Assalamualaikum 

Semalam waktu perhimpunan pagi Sek Keb ada watikah pelantikan pengawas.. 

Alhamdulillah, tahniah Abam Mu'az
Semoga sentiasa cemerlang dan bersahsiah baik sepanjang bersekolah serta di luar... Aamin.. 

Kisah UPKK
Linda tak up stori lagi kan?? 
Alhamdulillah dengan keputusan yang diperolehi.. 
Linda tak target apa pun.. 
Cuma target, jangan ada subjek yang gagal (dapat E).. 
Sebab, kita sendiri tahu anak kita macam mana...

Alhamdulillah, linda tampal dalam blog sebagai usaha menghargai penat lelah abam Mu'az.. 
Walaupun tak hebat, tak banyak macam orang lain (of course jugak tak boleh lawan result UPKK ibu)  😂😂
Tapi, ibu tetap bangga dengan anak sulung ibu... 

Saja nak up lambat sikit, sebab tunggu dia dapat slip keputusan UPKK dari ustazah... 
Linda nak tahu juga, subjek apa yang A, B, C D tu.. 

Untuk peperiksaan sebenar

Yang penting ada peningkatan, walaupun sedikit... 
Takpelah anak, semoga makin cemerlang untuk yang lainnya... Aamin

Result percubaan hari tu
Takde yang A pun.. 
Dan bahasa Arab dapat E. 

Jadi ada peningkatan di situ, walaupun tak banyak.. Tapi ada... 
Banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi... 
Lagi pulak, usia kita nie tak tahu berapa lama lagi... 
Linda cuma berharap, anak anak ibu menjadi anak soleh solehah, semoga sama2 dapat berkumpul di Syurga Allah kelak.. Aamin2 YRA

Till then, see ya



Monday, April 22, 2024

. : KASUT HITAM KERJA :.

Assalamualaikum 

Yeay.. Done beli kasut kerja... 


Dah rasmi dah.. 
Sedap pakai... 
Linda beli dekat shopee je... 
Nih link dia.. SINI

Dekat pejabat je, ada 3 pasang dah kasut hitam buat kerja nie.. Kikiki

Nie kita tunggu kain uniform pulak.. 

Till then, see ya



 

. : RAYA 3 DI TAIPING :.

Assalamualaikum.. 

Raya ketiga hari tu, linda balik umah MIL pulak dekat Taiping.. 
Kan cerita pasal jajaran WCE Beruas - Changkat Jering dah siap.. 
So, kita tekan pedal teruss aje naik highway.. 

Alhamdulillah.. Sampai umah MIL sebelum pukul 1petang..
Kitorg gerak dari Sg Samak dalam kol 10.30pagi..
Kalau laluan biasa, pukul 3 baru sampai.. Lagi2 raya nie.. Hahaha

Lepas Jumaat, incikSuami terus ajak mak beraya... 
Serius, lupa nak snap gambar mak ngan adik bongsu time tu.. 

Dedek tengok tok ngah "ibu, sama macam atok lah" 

Yang nie abang arwah FIL linda.. 
Duduk Selama.. 
Kebetulan ad sorang anak dia baru nak gerak beraya belah suami dia pulak.. 
Yang lain dah selamat gerak.. 

Habis rumah pak ngah, terus gerak nak pergi umah pak long pulak.. 
Rumah pak long nie, area bagan serai lah.. Senang cerita.. Sebab Linda tak tau sangat exact nama tempat tu kat mana... 

Sekali sampai, pak long takde.. 
Kiranya kena scammed lah kan.. 🤣🤣

Jadi, teruskan lah perjalanan.. 
Awal lagi tadi, incikSuami dah terima jemputan ke rumah ex-encik(pencen 17RAMD) dia.. 
Area Changkat Ibol, Taiping.. 

Nama pun raya kan.. 
Jalan jammed merata2, yang siksa nya nak tunggu lepas dari traffic light jaaa.. 
Perjalanan yang selalunya amik masa tak sampai 45min..
Hari raya tu, jadi 2-3jam...
Sabar jelah

Ex-encik incikSuami.. 
CikKoi nie pencen dulu, baru je lah dalam hujung tahun lepas.. 
Dia orang Pahang, isteri dia orang Taiping, jadi diorang memilih untuk duduk Taiping.. 

Dulu, masa berkhidmat, ikot pangkat.. 
Isteri cikKoi, linda kena panggil kak Dila, sebagai tanda hormat.. 
Sekarang dah pencen, sebab dah biasa, panggil kak Dila jugak.. Kikiki
Padahal Linda lagi tua dari kak Dila.. 
Alhamdulillah, ada rezeki, sampai lagi kami nanti... 
Terima kasih jemput kami beraya... 

Sampai lah rumah pukul 10malam..
Kesah raya ke-3 kami. 

Till then, see ya

 

Saturday, April 20, 2024

. : JAJARAN WCE :.

Assalamualaikum 

Cerita raya ketiga, linda gerak balik umah MIL pulak.. 
Kg Sg Samak - Taiping

Perjalanan kali ni terasa juga cepat, sebab lalu lebuhraya WCE baru kan.. 
So, layan lah pemandangan sepanjang jalan nie.. 




Subhanallah, cantiknya pemandangan.. 

Sebelum WCE siap.. Linda balik Taiping pusing lalu Manjung, pantai Remis, trong.. Ambil masa 3jam jugak nak sampai Taiping.. 
Nie WCE dah siap sepenuhnya... 
Dalam 1 jam 30min jugak lah.. 
So, jadi jimat lah masa dekat situ.. 

Tapi, takde lah menyinggah memana.. Kikiki
Selalu kalau lalu Manjung, singgah Lotus lah.. Aeon lah... 
Tak pun dekat Pantai Remis, singgah makan laksa... Kikiki.. 

Nanti kita sambung kesah beraya ya... 

Till then, see ya

 

Friday, April 19, 2024

.: 7 SURAH YANG SEBAIKNYA DIHAFAL :.

Assalamualaikum

Alhamdulilah , berjumpa kita di hari Jumaat..
rase baru je Isnin ritu
cepat betul masa berlalu meninggalkan kita..

saja Linda suka nak share kan
ada yang dah hafal, ada yang belum lagi
semoga sama-sama kita dipermudahkan untuk menghafal dan jadikan amalan membaca nya..aamin


hari nie Tahap 2 sek keb anak-anak ada merentas desa dekat area FRIM tu
jadi incikSuami lah p hanta, lepas hanta dedek, terus lajak ke sana
naseb baik kelas dia Online lagi, next week baru bersemuka (di PERHEBAT Sg Buloh)

jadi, Linda ambik job hanta kak M ke sekolah
kita naik motor je lah kak M
hahaha, habis herot petot tudung Linda
sabar jelah

awal-awal lagi kekanak riang tu dah kabo
"ibu, hari Jumaat merentas desa, dah penat, petang tak payah sek agama ye"
haduih, macam-macam peel
ye la anak oiii, ibu kasik ponteng, confirm dengan kak M sekali ponteng

till then, see ya





 

Thursday, April 18, 2024

. : BERJALAN MASA TIDUR :.

Assalamualaikum.. 

Hari nie terlajak bangun pagi.. 
Pukul 6.05 baru sedar
Sedar sedar, terkejut.. Sebab tido kat bilik lain pulak... 
Dok mikir tak habis habis.. Hahaha

Terus jadi singa lah.. 
Sebab henset kak M tengok malam tadi, ibu dah tetido, tak tahu dia letak mana.. 
Tu yang tak sedar gamaknya.. 
Jadi, tak puasa lah ibu hari ini.. Sebab tak sahur.. 
Dan tiba tiba, lapar pulak... Hahaha

Terus mandi, solat subuh
Lepas tu terus ke dapur.. 

Jadi terhasil lah mee goreng bodo
Ada tauhu goreng, telur pecah, sayur kobis

Ayam masak merah untuk lauk tengah hari anak anak dan bapaknya.. 
Naseb baik ayam tu dah goreng siap siap malam tadi.. 
IncikSuami ada lagi dekat rumah, minta dia masakkan nasi je lah nanti... 

Yang nie breakfast semalam.. 
Roti sardin.. 
Sekali kuah sardin masin daa... 
Lepas berbuka baru Linda rasa.. Hihihi

Alhamdulillah.. Rezeki anak anak.. 
Selagi sempat, kita masak.. 
Tak sempat kita beli.. Hihihi

Till then, see ya

P/s - mula2 linda tertido dekat bilik Mueez, sedar2 dekat bilik Mu'az dengan kak M.. Tanya incikSuami, macam mana boleh pindah bilik? Dia jawab "malam tadi sayang jalan, mata pejam terus masuk bilik mu'az, malas nak tegur tegur".. Iye2 je suami tu pun, ntah betul ke idak cerita dia... Hahaha