lovvu Dobbu

Thursday, March 28, 2024

. : BERBUKA 17 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Menu berbuka tadi - 17 Ramadhan

Sayur campak2, Linda makan sorang je
Ayam perap dan bako dalam AF
Buat sup kosong untuk anak2
Goreng pisang + goreng sosej
 
Dah snap gambar, baru perasan sosej tinggal seketui jaaa... Hahaha
Nie dah berbuka, tu yang nampak tangan memasing dah makan.. 

Alhamdulillah, rezeki hari ini.. 
Esok fikir lain.. 
Sebab lauk basah dah habis dalam peti tu
Td, malas betul nak keluar.. Padahal cuti kan

Konon nak buat kuih raya nie, tapi bahan tak beli pun lagi... 
Adudu... 
Kene seru mood nie.. 

Till then, see ya

 

. : BERBUKA 16 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Menu berbuka simple bila incikSuami takde... Kikiki
Mudah kerja ibu... 
Anak2 telan je ibu masak apa... 

Spageti tradisional. 
Kena kuah merah.. 
Kuah putih kak M je yang berkenan.. 
Dengan pisang goreng.. 
Sempat goreng yang tu je.. 

Tiba2 cleaner opis telefon, kata nya bilik Doktor On call (DOC) terkunci... 
Haisyh, naseb lah duduk kuarters dalam hospital, menapak lah kita untuk bukak pintu nya.. 

Memang namanya penyelia asrama kan.. 
Kalau bilik penghuni, tak layan dah nie.. 
Bilik DOC, terpaksa lah..
Mungkin salah linda kot yang pegi kunci, biasa lah, pencucian buat ptg2, bulan puasa pulak.. 
Otak dah nenong... Hahaha

Insya-Allah, semoga dapat menutupi lompong2 selama 11 tahun bekerja nie... Aamin

Till then, see ya

 

. : 17 RAMADHAN 1445H :.

Assalamualaikum 

Semoga Ramadhan kali ini membWa keberkatan.. 

Salam Nuzul Quran


Marilah kita berebut2 melakukan amal kebaikan di beberapa hari lagi di bulan Ramadhan... 

Till then, see ya

 

Wednesday, March 27, 2024

.: WORDLESS WEDNESDAY 12 :.

 Assalamualaikum



layanz lah lagu raya

kalau dekat opis lama nie
penuh ketupat bergantungan 

till then, see ya

. : DRIVER TAK BERGAJI :.

Assalamualaikum 

Siang tadi bermula lah episod Linda jadi mak supir tak bergaji... 😂😂

Setelah on leave dari bulan 10 (lebih dari maternity leave nie) 
Gudbye opis tempat tidur di waktu tengah hari.. 

Naseb kak M lah, keluar awal pun.. 
Kena tunggu abang2 keluar baru boleh balik rumah.. 

Masa ayah amik, ayah amik awal.. 
On time katanya.. 
Ayah naik motor + ayah tak kerja.. 
Ibu tengah kerja.. 
Keluar ambil anak balik SK, hanta pulak ke SAR

Semoga ibu waras selalu... 😅😅

IncikSuami balik Melaka sat, last temuduga ngan CO untuk pencen nie.. 
Next week, bermula pulak kursus PERHEBAT.. 
Semoga dipermudahkan urusan semua skod2 incikSuami... Aamin2 YRA

Till then, see ya

 

Tuesday, March 26, 2024

.: 15 RAMADHAN :.

Assalamualaikum

sekejap je, kita dah memasuki separuh Ramadhan
berbaki lagi 14 @ 15 hari untuk kita meraikan Ramadhan
semoga kita direzekikan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, aamin2x YRA

Insya-Allah, moga niat Linda nak khatam Al-quran bulan Ramadhan ini tercapai, Aamin@x YRA

bermula malam nie , malam ke 16 Ramadhan, jangan lupa baca doa qunut bagi yang solat bersendirian di rumah
kalau di masjid @ surau, insya-Allah tak lupa, sebab kita ikot imam kan


HUKUM MEMBACANYA

Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadan, iaitu bermula malam 16 Ramadan[Lihat: al-Muktamad, 1/309]

Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terdapat dalam kalangan ulama yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulama yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun — yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan — dan ini merupakan pendapat empat ulama besar dalam kalangan ashab (ulama mazhab Syafi‘i) iaitu Abdullah bin al-Zubairi, Abu al-Walid al-Naisaburi, Abu al-Fadhl bin ‘Abdan dan Abu Mansur bin Mihran.

Inilah pendapat yang kuat dari sudut dalil berdasarkan hadith al-Hasan bin Ali.

Akan tetapi pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i ialah pendapat yang pertama — yakni pada separuh akhir bulan Ramadhan — dan inilah yang dipegang oleh jumhur ashab (ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i).


Walau bagaimanapun, tiada masalah jika seseorang itu mahu beramal dengan berqunut dalam witirnya sejak hari pertama Ramadan lagi kerana ia juga merupakan pendapat sebahagian ulama kibar dalam kalangan mazhab Syafi‘i, yang tidak mengkhususkan qunut dalam witir hanya dalam bulan Ramadan.


LEBIH LANJUT DI ENTRI INI

Dengan membaca doa qunut di separuh akhir Ramdahan, adalah salah satu usaha kita dalam mendapatkan lailatul qadar

Mengenai ini, Ibn Rajab ada menyebutkan dalam kitabnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais R.A, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda SAW menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

Maksudnya: “Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir — dalam bulan Ramadhan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir (347)]


semoga sama2 kita mendapat manfaat nya...aamin

til then, see ya
 

Monday, March 25, 2024

. : JAMBATAN BAGAN DATOH, PERAK :.

Assalamualaikum... 

Sunyi je kan Linda weekend nie
Alhamdulillah, dapat balik kampung, berbuka, bersahur dengan mak bapak, kakmas, adik, amar.. 

Sekali daaa... 
Hari ahad tu.. 
Boleh elektrik takde dari lepas subuh smpai dua petang.. 
Bebudak nie dok kecek lah.. 
"jom lah ibu, ajak ayah jalan2 naik kereta, jalan je, tak payah berenti beli apa2" 

Maka, Linda pun ajak lah incikSuami
Berjalan sambil naik sekali lagi jambatan bagan datoh tu.. 
Ritu lalu malam, tak puas hati tak nampak.. 

Belum sampai jambatan, dah selamat tido.. 
Dedek dok depan ngan Linda
Kak M dekat belakang sekali haa.. 

Kitorang stat naik dari belah bagan datoh

Panjang nya nak merentasi kebun sawit je, sebelum sampai sungai Perak

Nie dah lalu atas sungai
Nampak sungai pun panas je haa
Merentas sungai, sekejap je. 
Yang lama nya, nak merentasi kebun tu haa

Yang ada anak panah tu jambatan nya.. 
Nie dah pusing balik ke jalan arah Teluk Intan

Mengimbau lah kenangan.. 
Lalu depan sekolah Linda zaman sekolah dulu2

Sekian, cerita di hari ahad
13 Ramadhan

Till then, see ya